Now Reading
[Video] Iklan Promosi Pak Mat Western Tampilkan Graduan Kacak Curi Perhatian Ramai

[Video] Iklan Promosi Pak Mat Western Tampilkan Graduan Kacak Curi Perhatian Ramai

Selepas Fadh yang juga graduan UIAM menjadi tumpuan jenama terkenal dan para netizen, kini Pak Mat Western pula turut mengambil lelaki itu sebagai ‘talent’ iklan promosi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, seorang graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dikenali sebagai Fahd, telah menarik perhatian ramai selepas berkongsi video graduasinya.

Dalam hantaran tersebut, Fadh dilihat berjalan keluar dari dewan konvokesyen serta menunjukkan dirinya memegang buku sijil sambil tersenyum.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan beberapa jenama produk ternama dari Malaysia apabila mereka dilihat memikat graduan itu di ruangan komen.

Antara jenama tersebut ialah Bata, PTPTN, Saji, Mydin, Rapid KL, Bank Islam, IIaou llaou dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Banyak Jenama Terkenal Cuba Pikat Lelaki Kacak Baru Lepas Konvokesyen [Video]


Pak Mat Western Tampilkan Graduan Kacak Dari UIAM Dalam Iklan Promosi

Tidak terlepas dengan trend dan bualan hangat para netizen serta jenama lain, pembekal makanan sejuk beku, Pak Mat Western turut menampilkan Fadh sebagai salah seorang ‘talent’ iklan promosinya yang terbaru.

Menerusi hantaran dimuat naik di media sosial, Fadh yang sedang memakai apron memasak dilihat sedang menyediakan salah satu hidangan terkenal Pak Mat Western iaitu daging kambing perap bersama sos lada hitam.

“Atas permintaan ramai, akhirnya kami dedahkan juga wajah sebenar PakMat,” kata admin akaun X (Twitter) di ruangan kapsyen.

Namun ramai percaya bahawa ia hanyalah sebuah gimik untuk tujuan pemasaran.

Bukan itu sahaja, Fadh juga telah tampil dalam beberapa iklan Pat Mat Western yang lain iaitu sebagai barista di Mat Coffee.

https://www.tiktok.com/@pakmatwestern/video/7308680958662741249?_r=1&_t=8hvPolR9zy4

Reaksi Netizen Lihat Pak Mat Western Tampilkan Fadh Dalam Iklan Promosi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat terhibur melihat gelagat jenama Pak Mat Western yang tidak terlepas mengikuti trend pada ketika ini.

“Semua Pak Mat sapu,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga turut membahan pengendali akaun media sosial rasmi Rapid KL yang sebelum ini ‘direject’ oleh Fadh.

“Rapid KL is shaking,” ujar seorang warganet.

Salah satu komen yang membuatkan kami terhibur ialah apabila seorang lelaki telah membandingkan wajahnya dengan Fadh.

“Apalah nasib lelaki yang berwajah desa macam aku ni,” katanya.

Malah ada juga yang memuji jenama itu kerana bijak mengambil kesempatan bagi memasarkan produk tempatan dengan lebih meluas.

“Pak Mat bijak bab marketing. Apa-apa yang tengah hangat dan trending mesti dia guna,” jelas seorang wanita.

Memang kenyataan tersebut tidak dapat dinafikan. Seperti sebelum ini, Pak Mat Western telah menampilkan beberapa individu ternama dalam negara untuk mempromosikan produk.

Antaranya adalah Tun Dr. Mahathir, Lisa Surihani, Khairy Jamaluddin, Syukri Yahya, Neelofa, Sabri Yunus dan ramai lagi.

Sumber: TikTok (@pakmatwesterncafe)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Mat Western Raih Pujian Tun M Gara-gara Sos Daging Yang Sedap!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd