Now Reading
Tyzo Xander Hampir Cecah 60-an? Kini Usia Sebenar Bekas Penyampai Radio Suria FM Pula Jadi Bualan Ramai

Tyzo Xander Hampir Cecah 60-an? Kini Usia Sebenar Bekas Penyampai Radio Suria FM Pula Jadi Bualan Ramai

Umur Tyzo Xander menjadi persoalan ramai di media sosial kerana bekas penyampai radio Suria FM itu kelihatan awet muda seperti berumur lingkungan 30-an.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, nama bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia mengumumkan tidak lagi berkhidmat bersama stesen radio terbabit secara mengejut.

Selain kontroversi tersebut yang hangat diperkatakan di media sosial, usia sebenar Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris juga menjadi bualan ramai.

Ada pihak dakwa umur Tyzo hampir cecah 60 tahun

Ia selepas ada pihak mendakwa Tyzo berumur hampir mencecah 60 tahun dan kenyataan itu menyebabkan rata-rata warganet terkejut kerana dia kelihatan muda.

“Kalau betul umur dia (Tyzo) dah nak masuk 60, ini baru betul vampire ni. Dia kena tunjuk gambar IC (kad pengenalan) hanya bagi nampak tahun lahir sahaja sebab ramai tak percaya dengan umur dia,” komen seorang pengguna laman X.

Umur sebenar Tyzo sekitar lewat 40-an

Bagaimanapun, menurut laporan beberapa akhbar, usia sebenar Tyzo adalah sekitar lewat 40-an dan bukannya 57 atau 59 tahun yang didakwa segelintir pihak.

Beberapa pengguna X turut menyatakan perkara sama apabila ada yang mendakwa bahawa Tyzo sememangnya suka bergurau mengenai umur sebenarnya menyebabkan kekeliruan ini berlaku.

“Taklah, dia (Tyzo) bergurau sahaja pasal umur itu. Dah bertahun-tahun dia cakap umur dia 57 tahun sampai kak Rara (Sharifah Shahirah) malas nak layan dah. Umur dia below 50 lagi,” jelas seorang pengguna X.

Malah, pengacara dan personality TV, Fedtri Yahya menerusi akaun X rasminya juga menyatakan usia sebenar Tyzo adalah sekitar lewat 40-an.

Malah, Tyzo juga pernah bergurau mengenai usianya yang mencecah hampir 60-an menerusi satu video yang dikongsikan Suria FM beberapa bulan lalu.

Umur sebenar lewat 40-an tapi netizen dakwa Tyzo kelihatan seperti 30-an

Meskipun umur sebenar Tyzo adalah sekitar lewat 40-an, rata-rata netizen tetap memuji dirinya yang kelihatan awet muda seperti lingkungan 30-an.

Terdahulu, pada Jumaat lalu (12 Januari), nama Tyzo tular di media sosial selepas dia memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengumumkan tidak lagi berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM.

Menurut Tyzo, perkara tersebut berlaku bukanlah atas keputusan dan kehendak dirinya kerana dia masih ingin berkhidmat sebagai penyampai radio di sana.

Tyzo minta naik gaji punca kontrak ditamatkan?

Sementara itu, Malaysia Gazzete pula menerusi satu laporan mendakwa bahawa permintaan Tyzo untuk kenaikan gaji dan mendapat tawaran stesen radio lain menjadi faktor utama penamatan kontraknya bersama Suria FM.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin yang turut terpalit dalam kontroversi ini dilaporkan akan memberi kenyataan berhubung isu tersebut pada Jumaat hadapan (19 Januari).

Artikel Berkaitan: Tiada Kaitan Dengan DJ Lin, Adakah Ini Punca Kontrak Tyzo Ditamatkan Suria FM?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd