Now Reading
Tyzo Bakal Bergelar Penyampai Radio Di IKIM FM Mulai 11 Mac Ini

Tyzo Bakal Bergelar Penyampai Radio Di IKIM FM Mulai 11 Mac Ini

Tyzo Xander akan memulakan tugas sebagai penyampai radio IKIM FM bagi segmen Inspirasi Pagi pada jam 6:00 pagi sehingga 10:00 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada awal Januari lalu, nama bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander telah menjadi perbualan hangat apabila perkhidmatan individu berkenaan secara tiba-tiba dihentikan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid  atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Selepas berita mengejutkan itu, banyak stesen radio yang cuba untuk ‘melamar’ Tyzo untuk berkhidmat bersama mereka termasuklah stesen radio Hot FM, Era FM, Sinar FM dan Radio RTM.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kaitan Dengan DJ Lin, Adakah Ini Punca Kontrak Tyzo Ditamatkan Suria FM?

Baca Artikel Berkaitan: Tyzo Xander Hampir Cecah 60-an? Kini Usia Sebenar Bekas Penyampai Radio Suria FM Pula Jadi Bualan Ramai

Sumber: Instagram @tyzoxander

Tyzo Terima Tawaran Jadi DJ Di Stesen Radio IKIM FM

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram IKIM FM (@ikimfm.my), syarikat penyiaran radio tempatan bersifat Islamik itu telah membuat pengumuman tentang penyampai radio terbaharu mereka iaitu Tyzo.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris yang berusia 47 tahun akan mula bertugas pada 11 Mac depan sebagai penyampai radio bagi segmen Inspirasi Pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Tugas Tyzo bagi segmen berkenaan yang bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 pagi itu akan dilakukan bersama penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim sebagai rakan setugas.

Keputusan yang dibuat oleh Tyzo ini secara tidak langsung telah menamatkan teki teka orang ramai tentang pilihannya dalam memilih stesen radio lain untuk menyambung tugas sebagai penyampai radio.

Pengumuman tersebut dibuat semalam (4 Mac) ketika Majlis Penjenamaan Semula dan Pelancaran Logo IKIMfm serta tagline yang baharu, Inspirasi Utama Anda di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.


Doa Ketika Umrah Jadi Petunjuk Buat Tyzo

Memetik laporan Astro Awani, Tyzo meluahkan rasa berdebar untuk memulakan tugas selepas dua bulan tidak bersiaran.

Tambah Tyzo lagi, keputusannya memilih IKIM FM itu dibuat selepas beberapa perbincangan dilakukan bersama pihak IKIM FM dan Pengarah Pusat Media IKIM, Ahmad Fuad Mat Ali.

Saya tak tahu nak kata. Saya rasa mungkin Allah memberi petunjuk untuk memilih IKIM FM kerana sewaktu menunaikan ibadah umrah baru-baru ini, doa saya ketika itu adalah jika saya masih lagi boleh memberikan manfaat kepada orang lain, saya mohon terus dipermudah dalam bidang ini.

Tyzo Xander.
Sumber: Harian Metro

Selain itu, Tyzo turut menangkis beberapa tanggapan pihak lain yang mendakwa pilihannya ini akan mengecilkan ruang lingkup dirinya tidak seperti kebebasan yang dinikmati sebelum ini.

Saya tidak rasa ia ‘meng-downgrade-kan’ bahkan IKIMfm ini akan lebih mendekatkan saya kepada al-Quran serta hadis.

Tyzo Xander.

Pada masa yang sama, Tyzo percaya bahawa setiap perkara yang berlaku dalam kehidupannya akan menjadikan beliau sebagai penyampai radio yang lebih matang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Mat Western Ambil Tyzo Untuk Marketing, Lakonan Bekas Penyampai Radio Ini Tarik Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd