Ini Tips Untuk Travel Ke Bangkok, Thailand
Antara tips dikongsikan untuk pelancong yang ingin bercuti ke Bangkok adalah untuk membuat pertukaran matawang tunai di negara asal sebelum bergerak ke Thailand.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau nak cari tempat percutian yang best, harga murah, banyak kedai makan halal dan sebagainya, Thailand adalah salah satu pilihan rakyat Malaysia.
Bandar yang sering dikunjungi para pelancong adalah seperti Hat Yai dan Bangkok kerana sesuai untuk mereka yang mahu membeli-belah dengan harga murah serta ‘food hunting’.
Nak pergi ‘solo trip’ di Thailand untuk menenangkan diri pun macam best juga kan?
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!
Baca Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!
Baca Artikel Berkaitan: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand
Tips Untuk Bercuti Ke Bangkok, Thailand
Seorang pengguna di laman X (Twitter @myjoe_) berkata dia kerap ke Bangkok, Thailand sejak kebelakangan ini atas urusan kerja.
Oleh kerana sering berulang kali ke negara tersebut, terdapat beberapa tips yang mahu dikongsikan kepada mereka yang bercadang untuk berkunjung ke bandar tersebut.
Antaranya:
#1. Makanan Halal
Jika dibandingkan dengan Hat Yai, Bangkok tidak mempunyai kedai makan halal yang banyak dan perlu mencari di beberapa tempat berlainan.
Jadi kalau anda sudah jumpa restoran halal, makan sepuasnya kerana belum tentu akan dapat jumpa kedai makan yang halal selepas itu.
Antara lokasi tempat makan halal yang anda boleh kunjungi adalah Ramkhamhaeng yang berhampiran dengan Stadium Rajamangala. Untuk info juga, anda perlu keluar dari ibu kota Bangkok untuk ke Ramkhamhaeng ini.
#2. Kaedah Pembayaran
Elakkan dari membuat pertukaran matawang secara tunai di Bangkok kerana harganya agak mahal berbanding jika anda melakukannya di Malaysia.
Pilihan lain untuk membuat pembayaran adalah dengan menggunakan kad seperti BigPay, Wise, MAE dan Touch ‘N Go eWallet.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 4 Jenis Kad Untuk Buat Pembayaran Secara ‘Cashless’
#3. Lapangan Terbang
Bangkok mempunyai dua lapangan terbang iaitu Don Mueng dan Suvarnabhumi.
Sekiranya penerbangan anda menaiki kapal terbang Air Asia atau Batik Air, pelancong akan diturunkan di Don Mueng tetapi penumpang Air Asia Thai pula akan diturunkan di Suvarnabhumi.
#4. Pengangkutan
Kalau anda diturunkan di Suvarnabhumi, anda boleh menggunakan Airport Rail Links (ARL) untuk terus menuju ke Bangkok dengan berhenti di Stesen Phaya Thai.
Bila dah sampai di Bangkok, mesti ramai yang tertanya jenis pengangkutan yang ada di sana kan?
Kalau anda mahu membeli-belah, naik pengangkutan awam lebih mudah atau boleh juga menempah perkhidmatan Grab atau Bolt.
Tetapi jika tujuan anda ke Bangkok adalah kerana urusan kerja dan perlu ke luar bandar tersebut, lebih baik sewa kenderaan.
Difahamkan pengguna jalan raya di Bangkok juga lebih berhemah.
Bangkok apa menarik? Sini aku kasi sikit tips. Since aku lately kerap travel ke sana ada kerja. pic.twitter.com/PKG1CnKOdl
— MyJoe Store . com🇲🇾 (@myjoe_) February 3, 2024
Tempat-tempat Menarik Di Bangkok
Untuk anda yang suka membeli-belah, boleh ke Platinum Mall dan Chatuchak Market.
Kalau nak merasai sendiri pengalaman melawati pusat membeli-belah yang ‘vintage’, jangan lupa singgah Old Siam Plaza.
Pada waktu malam pula, anda boleh bersiar-siar di Asiatique dan Iconsiam Mall di mana kedua-dua lokasi ini bersambung dan boleh dinaiki menggunakan perkhidmatan bot. Percuma je!
Selain itu , Bangkok juga terkenal dengan pasar malam mereka. Antara lokasi pasar malam yang anda boleh lawati adalah:
- Jodd Fairs
- Train Night Market Srinakarin
- Chang Chui Plane Night Market
- The One Ratchada
- Indy Market
Kalau anda ‘morning person’ dan suka berjoging di awal pagi, boleh cuba lokasi yang baru dibuka ini iaitu Benjakitti Forest Park.
Oh, jangan lupa juga untuk singgah di mana-mana cawangan kedai serbaneka 7-11 mereka kerana tak sama ya seperti di Malaysia. 7-11 di Thailand ini mempunyai pelbagai makanan serta minuman menarik dan sedap.
Sebenarnya tak perlu ada bajet yang mahal-mahal pun untuk pergi melancong. Cukup duit untuk makan, tempat tinggal dan pengangkutan pun sudah memadai.
Yang penting dapat kutip pengalaman. Tapi apa-apa pun, kena survey dulu tempat yang anda nak melancong itu ya.
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.