Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 4 Jenis Kad Untuk Buat Pembayaran Secara ‘Cashless’
Penggunakan kad di luar negara membolehkan pelancong untuk tidak lagi membawa wang tunai dalam jumlah yang terlalu banyak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali nak melancong, antara perkara paling penting yang perlu disediakan adalah dari segi kewangan. Tetapi lain pula jika anda mahu bercuti ke luar negara kerana melibatkan pertukaran mata wang asing.
Sesetengah individu akan menukar wang tunai mereka terlebih dahulu sebelum berlepas. Dengan cara ini, lebih mudah apabila mereka mahu membeli barangan di luar negara.
Selain menggunakan wang tunai, anda sebenarnya boleh membuat pembayaran di luar negara secara ‘cashless’. Lagi senang!
4 Jenis Kad Untuk Buat Pembayaran ‘Cashless’ Apabila Melancong Ke Luar Negara
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Muaz Aziz), lelaki ini menceritakan pengalamannya menggunakan beberapa jenis kad ketika melancong ke luar negara sekitar ASEAN dan Eropah.
Jelasnya, kebanyakkan negara tersebut melakukan pembayaran tanpa tunai (cashless).
Berikut adalah beberapa jenis kad yang pernah digunakan oleh pengguna Facebook ini. Antaranya:
#1. Kad Kredit

Kad kredit diperlukan ketika anda berada di luar negara terutamanya ketika mahu menyewa kereta. Ini kerana kebanyakan syarikat kereta sewa memerlukan pembayaran wang deposit daripada kad kredit.
#2. Kad BigPay

Menurut pengguna Facebook ini, kad BigPay menjadi salah satu kad yang digemarinya dan sering digunakan setiap kali berada di luar negara.
Namun, perubahan caj dan pertukaran harga mata wang yang dikatakan tidak semenarik dulu membuatkan dia beralih pula kepada alternatif kad lain.
#3. Kad MAE

Meskipun fizikal kad ini kelihatan cantik, namun perkhidmatannya dipercayai sering ditolak di luar negara gara-gara servis Maybank yang kerap mengalami masalah.
Tambahnya lagi, caj pertukaran mata wang juga lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kad MAE ini masih relevan untuk diguna pakai di Malaysia.
#4. Kad WISE

Kad WISE dikatakan lebih mesra pengguna serta memberi pelbagai kelebihan selain urusan pembayaran di luar negara yang lebih terjamin dan selamat.
Kelebihan Menggunakan Kad WISE
Untuk anda yang pertama kali mendengar tentang WISE, ia berfungsi seperti kad debit dan bukannya kad kredit. Senang kata bila ada duit di dalam kad ini, barulah anda boleh berbelanja.
Penggunanya juga boleh membuat pengeluaran wang di mesin ATM sebanyak dua kali secara percuma pada setiap bulan dengan nilai tidak melebihi RM1,000.

Dari segi keselamatan pula, WISE membolehkan anda untuk membekukan atau menyahbekukan akaun sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Bahkan, WISE turut menyediakan tiga kad virtual untuk digunakan ketika melancong. Bila sudah pulang ke negara asal, kad tersebut boleh dipadamkan.
Kekurangan Kad WISE
Walau bagaimanapun, kad WISE ini tidak membuat mesin dan proses menambah nilai kad hanya boleh dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi WISE.
Tambah nilai juga tidak boleh menggunakan kad kredit.
Sekiranya anda bercadang untuk membuat permohonan kad WISE, ia perlu dilakukan lebih awal kerana penghantaran kad ini mengambil masa dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
Bila ada kad debit seperti ini, pembayaran di luar negara menjadi lebih mudah. Tak perlu lagi risau untuk membawa wang tunai yang banyak di dalam beg.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua!
Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu
Artikel Berkaitan: AirAsia Dedah Tips Beli Tiket Penerbangan Untuk ‘Kaki Travel’ Dapat Tawaran Tak Masuk Akal
Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!
Sumber: Facebook Muaz Aziz
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.