Now Reading
Nak Transfer E-Tunai ePemula Ke Dalam Akaun Bank? Jom Cuba Cara Dari Pengguna Twitter Ini

Nak Transfer E-Tunai ePemula Ke Dalam Akaun Bank? Jom Cuba Cara Dari Pengguna Twitter Ini

ePemula sebanyak RM150 akan diberikan kepada penerima yang layak secara kredit e-tunai di e-Wallet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bermula hari ini (11 April), golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sepenuh masa sudah boleh mula mendaftar bagi mendapatkan kredit e-tunai RM150 di bawah program ePemula.

Tempoh pendaftaran dan tuntuan ePemula akan bermula pada 11 April sehingga 1 Jun 2022 manakala kredit e-tunai yang sudah dituntut pula boleh dimanfaatkan sehingga 10 Jun 2022.

E-tunai itu akan disalurkan oleh kerajaan menggunakan salah satu penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-Wallet.

BACA JUGA: ePemula: Golongan Belia Boleh ‘Claim’ E-tunai RM150 Bermula Hari Ini

Cara guna ePemula untuk pembayaran online

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@Zaiful_edi) berkongsi beberapa langkah jika ada di antara anda yang ingin menggunakan kredit e-tunai ePemula untuk tujuan pembayaran secara online.

Senang je. Jom ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Muat naik aplikasi Maybank QRpaybiz

Aplikasi Maybank QRpaybiz ini boleh dimuat naik dari Google Play Store atau Apple Store.

2. Daftar akaun

Daftar je macam biasa dan pautkan akaun Maybank anda yang sedia ada. Ruangan nama syarikat boleh letak nama sendiri.

Bila selesai mendaftar, anda akan nampak ada tiga garisan di bahagian kiri atas.

3. Screenshot kod QR

Bil selesai mendaftar akaun, tekan pada tiga garisan di atas dan klik pada ‘Settings’ dan tekan ‘Static QR’.

Kemudian, akan keluarlah kod QR. Jadi, screenshot siap-siap dan simpan dalam galeri telefon.

4. Transfer e-tunai dari aplikasi anda claim ePemula

Jadi untuk langkah seterusnya, anda perlu membuka aplikasi Shopee atau mana-mana e-Wallet yang digunakan dan tekan Scan to Pay.

Langkah terakhir adalah dengan muat naik gambar kod QR. Then settle! Dah boleh transfer e-tunai dalam akaun Maybank anda.


NOTA KAKI:

  • Untuk pengguna yang tiada akaun Maybank, boleh link akaun bank lain di bahagian ‘Option’.
  • Cara ini hanya boleh digunakan untuk ShopeePay, BigPay dan Touch ‘n Go e-Wallet.
  • Akaun Maybank QRpaybiz tidak boleh digunakan untuk tujuan ‘bukan-bukan’ ya.

Harapnya perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana yang baru atau bakal menerima bantuan RM150 kredit e-tunai di bawah program ePemula.

Manfaatkan duit tu betul-betul okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd