Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu
Bila melancong seorang diri, sangat penting untuk menjaga keselamatan diri dan juga barangan peribadi anda dari dicuri oleh penyeluk saku.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selalunya bila orang pergi bercuti, mesti akan pergi dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Pernah tak anda berangan untuk ‘healing’ dan merantau ke beberapa negara seorang diri?
Macam seronok je kan? Tak cuba tak tahu.
Pengalaman merantau ke negara lain seorang diri memang agak sukar pada mulanya kerana perlu beradaptasi dengan suasana baharu dan berfikir semua perkara dengan cekap dan selamat.
Tetapi pengalaman itu sangat berharga dan seronok sebab kita boleh ikut kehendak diri sendiri nak ke mana dan buat apa.
Jadi kepada anda yang teringin untuk ‘solo travel’ ke lokasi pilihan sama ada di dalam atau luar negara, jom kami kongsikan tips berguna untuk anda semua.
Antaranya:
1. Tips Travel Solo: Rancang Perjalanan Sebaik Mungkin
Sebelum melancong, sangat penting untuk anda merancang perjalanan dan mengetahui tentang lokasi yang ingin dituju.
Zaman sekarang ini semuanya di hujung jari sahaja. Boleh buat ‘research’ tentang lokasi percutian anda dari segi budaya masyarakat, bahasa yang digunakan, pengangkutan awam sedia ada dan beberapa lokasi menarik.
Selain itu, ambil maklum juga tentang berita terkini yang berlaku di lokasi berkenaan.
Kalau anda merancang untuk melancong lebih dari sehari, pastikan tempahan bilik penginapan telah dibuat sebelum tarikh percutian.
2. Tips Travel Solo: Mengetahui Tahap Kekuatan Anda
Apabila melancong seorang diri, anda perlu mengetahui kekuatan diri yang membolehkan anda bergerak ke mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Kalau ‘solo travel’ ni, sikap berdikari dan membuat keputusan yang bijak perlu diterapkan bagi memudahkan perjalanan.
Sekiranya anda seorang yang mudah bergaul dan mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, lagi bagus. Buatnya kalau anda sesat, senang sikit nak bertanya kepada penduduk tempatan.
3. Tips Travel Solo: Kekal Berhubung Dengan Kenalan Atau Ahli Keluarga Untuk Beri Maklumat
Sebelum anda bergerak ke lokasi percutian seorang diri, pastikan beri makluman kepada ahli keluarga atau kenalan tentang lokasi.
Biarlah kalau mereka usik anda dengan berkata ‘rindu ke?’ atau sebagainya, yang penting mereka mengetahui perkembangan dan keselamatan anda di lokasi tersebut.
4. Tips Travel Solo: Bijak Mengemas Barangan Yang Dibawa
Kalau pergi bercuti, mesti ramai yang mahu ber-OOTD kan? Tapi ingat ya, anda bergerak seorang diri. Jadi pastikan bagasi atau beg yang dibawa tidak terlalu banyak dan berat sehingga membebankan.
Selain pakaian yang mencukupi, pastikan anda mempunyai ubat-ubatan serta wang yang mencukupi bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Pada masa yang sama, pakailah pakaian yang sesuai dengan lokasi. Jika pergi ke negara musim sejuk, bawa lebih banyak jaket tebal dan sebagainya. Kalau tidak, ‘beku’ anda nanti.
5. Tips Travel Solo: Dapatkan Rehat Yang Secukupnya
Tenaga yang mencukupi sangat diperlukan apabila anda pergi bercuti. Biasalah, kita akan pergi ke banyak lokasi tarikan pelancong bagi mengisi masa lapang.
Bayangkan kalau tidur tak cukup dan badan anda berasa lemah, macam mana nak jalan jauh? Ditambah pula anda seorang diri, kalau tiba-tiba pengsan, susah pula nanti.
Nak berjalan boleh, tapi biarlah dapat rehat yang mencukupi juga.
6. Tips Travel Solo: Percaya Pada Gerak Hati Anda
Melancong seorang diri ini bukan sahaja menguji keberanian, malah kecekapan kita untuk membuat keputusan sendiri juga boleh dilatih.
Sentiasa ikut gerak hari anda kerana ia dapat membantu menjaga keselamatan ketika melancong. Kalau memang tak boleh sangat, mintalah bantuan kepada orang sekeliling yang boleh dipercayai.
Kalau rasa tak sedap hati ketika berada di sesuatu kawasan yang agak menyeramkan, tinggalkan tempat itu cepat-cepat dan berwaspada dengan masyarakat sekitar anda.
7. Tips Travel Solo: Sentiasa Berwaspada
Apabila melancong seorang diri, kita mestilah peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa berwaspada terhadap kumpulan penyeluk saku.
Bahaya ya penyeluk saku ini kerana mereka boleh membuat ‘kerja’ secara senyap-senyap tanpa disedari oleh mangsa. Bila kita perasan barangan peribadi sudah hilang, waktu itu memang terlambat dah.
Ingat, jaga barangan penting anda seperti telefon, dompet, dokumen diri dan lain-lain. Pastikan tutup zip beg rapat-rapat.
Kepada anda yang bercadang untuk melancong secara solo, bolehlah cuba tips yang kami kongsikan ini. Btw, dah rancang ke nak pergi negara mana? Kongsilah dengan kami! 😊
BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!
BACA JUGA: Pemuda OKU Kongsi Pengalaman Travel ‘Solo’ Ke Thailand Dari Ipoh Naik Tren
BACA JUGA: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.