AirAsia Dedah Tips Beli Tiket Penerbangan Untuk ‘Kaki Travel’ Dapat Tawaran Tak Masuk Akal
Antara tips penting untuk beli flight tiket murah adalah tetapkan penggera, notifikasi kalendar untuk siap sedia menempah tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* yang bermula hari ini hingga 27 Ogos 2023.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila nak melancong, perkara paling sukar untuk dikendalikan adalah ‘bajet’.
Itinerari mungkin lebih mudah sebab korang hanya perlu Google tempat-tempat hotspot di sesebuah lokasi itu. Tetapi berapakah jumlah wang yang diperlukan bagi sepanjang tempoh percutian sememangnya agak sukar untuk ditetapkan.
Antara kos-kos yang perlu dititikberatkan adalah penginapan, pengangkutan, kos makan dan minum, kos membeli-belah, tiket penerbangan, dan sebagainya.
Kalau terlebih bajet, tak apa. Kalau kurang itu yang susah.
Ini 5 Tips Untuk Tempah Tiket Penerbangan & Dapat Tawaran Luar Biasa Dari AirAsia
AirAsia hari ini (21 Ogos) telah berkongsi tips menarik untuk ‘kaki travel’ menempah tiket penerbangan untuk mendapatkan tawaran luar biasa dari AirAsia.
Baca Artikel Berkaitan: [Watch] David Foster & Friends Give AirAsia Passengers Mini Concert Up In The Skies
#1. Sentiasa Peka
Tetapkan penggera, notifikasi kalendar, atau ajak rakan perjalanan anda untuk siap sedia menempah tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* yang bermula hari ini (21 Ogos) sehingga 27 Ogos 2023.
#2. Semak Tarikh
Rancang lebih awal dan pastikan tarikh perjalanan anda fleksibel untuk meningkatkan peluang menempah tempat duduk percuma ini. Dan jika anda mempunyai beberapa tarikh pilihan, ia juga akan membantu anda membuat tempahan dengan lebih mudah.
Promosi ini sah untuk perjalanan antara 19 Februari 2024 dan 15 Disember 2024 (kod penerbangan D7, XJ) dan sehingga 19 Januari 2025 (untuk kod penerbangan: AK, FD, Z2, QZ).
#3. Sedia Meneroka
Walaupun anda tertarik untuk menempah destinasi popular, anda juga cuba untuk menerokai destinasi unik seperti Medan, Kunming, Cebu, Nha Trang dan lain-lain. Destinasi-destinasi ini mungkin akan menjadi tempat percutian baharu kegemaran anda.
#4. Susun Strategi
Jangan risau jika anda ingin membawa lebih barangan, kerana anda akan mendapat lebih penjimatan dengan diskaun sehingga 50% untuk bagasi berdaftar 30kg apabila anda membuat pra-tempahan bagasi semasa membuat tempahan penerbangan untuk memaksimumkan penjimatan.
#5. Satu Aplikasi
Muat turun airasia Superapp daripada Apple App Store, Gedung Google Play atau Huawei AppGallery hari ini untuk pengalaman perjalanan lancar dan dipertingkatkan, termasuk berhubung dengan pengembara berpengalaman melalui airasia Chat untuk mendapatkan tips perjalanan yang lebih jimat.

Nota: *Tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA ini tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tambang termasuk semua sehala ke destinasi domestik bermula daripada RM25 termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.
Tambang ke destinasi Asean dan seterusnya sehala bermula daripada RM74 termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.