Now Reading
Banduan Dibenar Terima Kunjungan Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri

Banduan Dibenar Terima Kunjungan Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri

Penghuni penjara hanya dibolehkan untuk menerima kunjungan daripada keluarga sebanyak satu kali sahaja semasa hari raya ketiga dan keempat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari Raya Aidilfitri adalah tempoh waktu yang sangat digalakkan untuk kita menziarahi saudara-mara yang sudah lama tidak berjumpa.

Maklumlah semua sudah sibuk dengan kehidupan masing-masing terutamanya mereka yang mempunyai keluarga sendiri.

Selain itu, ada juga di antara kita yang setiap tahun tidak ketinggalan untuk menziarahi kubur individu yang sudah meninggal dunia di pagi hari raya sebagai tanda memperingati mereka.


Tarikh Yang Dibenarkan Untuk Melawat Banduan Di Penjara Ketika Aidilfitri

Bagi golongan yang berada di dalam penjara, mereka juga diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing bersempena dengan perayaan Syawal yang bakal tiba pada minggu hadapan.

Memetik laporan Astro Awani, ahli keluarga dibenarkan untuk membuat lawatan tersebut pada hari raya ketiga dan keempat di semua institusi penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas serta Sekolah Henry Gurney.

Walau bagaimanapun, penghuni penjara hanya dibolehkan untuk menerima kunjungan daripada keluarga sebanyak satu kali sahaja dan keutamaan diberikan kepada mereka yang beragama Islam.

Selain berjumpa secara bersemuka, mereka juga mendapat ‘lampu hijau’ untuk membuat perjumpaan melalui panggilan video atas talian daripada 14 sehingga 16 April 2024.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Panduan Untuk Membuat Temu Janji Melawat Penghuni Penjara Ketika Raya

Bagi anda yang bercadang untuk menziarahi ahli keluarga yang kini berada di dalam penara, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti:

  • Waktu lawatan bermula dari 8:15 pagi hingga 4:15 petang sahaja.
  • Perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.
  • Pelawat perlu membenarkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika masuk dan keluar dari penjara mengikut Akta dan Peraturan Penjara.

Tempahan untuk lawatan boleh dilakukan melalui kaedah berikut:

Tarikh dan sesi perjumpaan akan ditetapkan oleh pihak penjara selepas temu janji tempahan dibuat.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Iluminasi)

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah

Baca Artikel Berkaitan: 9 Idea Menarik Untuk ‘Posing’ Gambar Raya Bersama Keluarga. Yang Penting Gambar Cantik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd