Now Reading
Coach Taaruf Kongsi Tips Untuk Tahu Sama Ada Anda ‘Ready’ Nak Kahwin Atau Tidak

Coach Taaruf Kongsi Tips Untuk Tahu Sama Ada Anda ‘Ready’ Nak Kahwin Atau Tidak

Antara alasan yang diberikan oleh seseorang yang belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga adalah kerana faktor kewangan yang dikatakan belum mencukupi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang perkahwinan, mesti ramai yang teruja kerana akhirnya dapat hidup bersama pasangan pilihan.

Namun, ada juga sesetengah individu yang sudah lama memasang niat untuk mendirikan rumah tangga tetapi masih tertanya-tanya sama ada mereka sudah bersedia sepenuhnya atau tidak.

Kekeliruan yang timbul itu mungkin kerana perubahan tanggungjawab yang perlu digalas selepas berkahwin.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Nak Kahwin Tapi Masih Tak Pasti Matlamat Perkahwinan” – Coach Taaruf Ini Beri Penjelasan Tepat


Macam Mana Nak Tahu Anda Sudah Bersedia Untuk Kahwin Atau Belum?

Menerusi bebenang yang dimuat naik di laman X (Twitter @aimanazlan90), seorang Coach Taaruf iaitu Aiman Azlan telah menjawab persoalan bagi individu yang mahu mendirikan rumah tangga tetapi masih belum yakin jika mereka sudah bersedia atau belum.

“Nak kahwin tapi tak ready lagi? Mungkin anda dah ready cuma tak perasan,” kata Aiman.

Bagi menjernihkan kekeliruan yang dialami oleh segelintir pihak, Aiman berkongsi beberapa tips untuk mengetahui tahap kebersediaan berdasarkan tiga perkara iaitu:

#1. Memahami Tanggungjawab Masing-masing
Sumber: Berita Harian

Sebagai pasangan suami isteri, memahami tanggungjawab masing-masing adalah satu perkara yang penting.

Bagi mereka yang baru pertama kali berkahwin, ia mungkin boleh menjadi agak sukar pada mulanya untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharu yang digalas.

Antara tugas sebagai seorang suami adalah perlu bersiap sedia untuk memimpin keluarga dan menyediakan kelengkapan secukupnya manakala isteri pula perlulah melayan suami serta menjaga makan dan minum mereka.

Jadi, perbanyakkan usaha untuk menimba ilmu dengan membaca buku, menonton video, menghadiri kelas atau bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

#2. Kemahiran Berkomunikasi Dengan Efektif
Sumber: Pexels

Menurut Aiman, ‘tulang belakang’ bagi mengukuhkan perkahwinan adalah kemahiran berkomunikasi yang efektif.

Jelasnya lagi, wang yang banyak atau tahap pendidikan yang tinggi tidak boleh menjamin perkahwinan yang bahagia jika kemahiran komunikasi antara pasangan suami dan isteri tidak dipupuk dengan baik.

“Komunikasi yang efektif ini ibarat kapal. Jika ia tidak dijaga dengan baik, maka tengggelamlah kapal itu,” kata Aiman.

#3. Kemahiran Mengurusan Kewangan
Sumber: Ellis & Co/Keluarga

Coach Taaruf ini juga sering menerima alasan seseorang tidak mempunyai duit yang cukup untuk melambat-lambatkan proses menghalalkan pasangan mereka.

Jika difikirkan semula, apa sebenarnya maksud ‘cukup’?

Menurut Aiman, definisi ‘cukup’ itu bergantung sama ada seseorang itu boleh menyediakan lima kelengkapan asas kepada pasangan seperti berikut:

  • Tempat tinggal
  • Kenderaan
  • Makanan
  • Pakaian
  • Utiliti

Kalau cukup lima perkara asas ini, seseorang itu dianggap sudah mampu untuk berkahwin.

Meskipun kehidupan tidak mewah, tetapi ia mencukupi.


Ini Pula Nasihat Kewangan Dari Netizen Untuk Pasangan Suami Isteri

Terdahulu, netizen di media sosial juga memberikan pemandangan mereka tentang nasihat kewangan kepada suami isteri yang baru melangkah ke alam perkahwinan.

Antara nasihat berguna yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  • Elakkan dari mengambil alih tugas suami seperti pembayaran bil rumah dan perbelanjaan dapur.
  • Duit isteri adalah milik isteri.
  • Cipta akaun simpanan bersama sebagai persediaan seperti ketika kecemasan.

Selain bersedia dari segi fizikal dan mental, faktor kewangan juga penting untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Untuk yang bakal berkahwin tidak lama lagi, persiapkan diri dengan segi ilmu dan kewangan secukupnya. Barulah boleh bina rumah tangga yang harmoni.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Nasihat Kepada Suami Isteri Yang Baru Berkahwin. #2 Paling Akan Kerap Berlaku!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd