Now Reading
Ini Prosedur Ujian HIV Di Klinik Kerajaan Untuk Nikah. Tak Sampai 1 Jam Boleh Siap!

Ini Prosedur Ujian HIV Di Klinik Kerajaan Untuk Nikah. Tak Sampai 1 Jam Boleh Siap!

Setiap temu janji di klinik kesihatan untuk ujian saringan HIV yang ditempah secara online hanya sah untuk satu individu sahaja.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di Malaysia, seseorang yang ingin berkahwin perlu melakukan beberapa prosedur penting yang bermula dengan mengisi borang nikah.

Buat mereka yang pertama kali ingin mendirikan rumah tangga mungkin akan terpinga-pinga dengan prosedur yang perlu dilakukan.

Tak apa, kita mula perlahan-lahan dengan membuat senarai penting bagi memudahkan segala urusan bagi kedua belah pihak.

Antara perkara penting yang perlu dilakukan adalah meghadiri kursus pra-perkahwinan dan membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin Online menerusi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM).

BACA JUGA: Hadir Kursus Kahwin & 7 Lagi Prosedur Sebelum Hantar Borang Nikah Ke PAID

Prosedur Untuk Buat Ujian HIV Di Klinik Kesihatan

Ujian HIV juga merupakan salah satu prosedur penting yang perlu dilakukan kepada pasangan yang bakal berkahwin.

Jangan risau, ujian HIV ini boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan (KK). Yang penting, kena ada borangnya yang boleh didapati menerusi laman web SSPIM ketika anda mendaftar permohonan nikah.

Sumber gambar: Hanasyitakee/Pesona Pengantin

Elakkan daripada mengambil borang tersebut secara sebarangan dari Google kerana banyak permohonan ditolak kerana borang ujian HIV mereka tiada nombor siri pendaftaran.

Pastikan anda membuat borang saringan ujian HIV yang mempunyai nombor rujukan sebelum membuat sebarang temu janji di klinik kesihatan.

Borang sudah ada, selepas itu? Jadi, mesti ada tertanya-tanya macam mana nak buat ujian HIV ini kan?

Jangan risau, seorang pengguna Twitter (@xatyrosdi) telah berkongsi cara-cara untuk melakukannya dari awal sehingga akhir.

Langkah-langkah adalah seperti berikut:

Buat Tempahan Secara Online

Tempah Slot Menerusi Laman Web QMed

  • Cari klinik kesihatan pilihan anda.
  • Pilih Jabatan Pesakit Luar (JPL).
  • Kemudian, tekan pada butang “Book Now” pada Saringan HIV Pra-Perkahwinan.
  • Paparan anda akan keluar tentang peringatan untuk membawa tiga salinan borang. Satu salinan untuk rekod klinik dan dua lagi akan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  • Pilih slot tarikh dan waktu yang masih mempunyai kekosongan.
  • Pastikan anda mendapat notifikasi tentang temu janji menerusi SMS.
Sumber: Twitter/@xatyrosdi

Tempah Slot Menerusi Aplikasi MySejahtera

Difahamkan bermula 1 Januari 2023, saringan ujian HIV perlu dibuat menerusi aplikasi MySejahtera. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi MySejahtera dan klik pada ‘Appointment’.
  • Pilih nama individu yang betul untuk membuat temu janji.
  • Scroll sehingga bawa sekali dan klik pada ‘Pre-Marital Screening’.
  • Cari klinik kesihatan yang anda mahu pergi.
  • Pilih masa dan tarikh temu janji.

Untuk makluman anda, setiap temu janji adalah untuk seorang sahaja, bukan satu pasangan. Jadi, anda dan pasangan perlu membuat temu janji yang berbeza.

Sumber: Twitter/@xatyrosdi
Sumber: Twitter/@xatyrosdi

Tiba Hari Temu Janji Di Klinik Kesihatan

Setibanya anda di klinik kesihatan dengan membawa tiga salinan borang, anda perlu menunjukkan bukti temu janji sebelum dibenarkan mengambil nombor giliran.

Apabila nombor giliran anda dipanggil, petugas akan mendaftarkan diri anda dan perlu membuat bayaran RM1 di kaunter.

Pada masa sama, sediakan juga MyKad serta borang ujian HIV untuk disemak di kaunter ketika pendaftaran. Selesai proses pendaftaran, barulah anda akan dibawa ke bahagian saringan.

Sumber: Twitter/@xatyrosdi

Proses Ketika Saringan Ujian HIV Dilakukan

Sebelum saringan HIV dilakukan, petugas akan bertanya beberapa soalan kepada anda seperti sejarah aktiviti seksual dan tahap risikonya, ilmu tentang penyakit HIV, bagaimana ia boleh berjangkit dan sebagainya.

Ujian saringan HIV ini dilakukan dengan mencucukkan jarum pada jari untuk mengeluarkan beberapa titisan darah yang akan diambil bagi tujuan saringan HIV.

Selepas selesai, anda perlu tunggu di luar bagi memberi sedikit waktu borang anda diproses oleh pihak bertugas.

Jika segalanya berjalan dengan lancar, dalam tempoh satu jam pun sudah boleh siap.

Untuk memudahkan urusan anda dan calon pilihan hati, lebih baik buat ‘checklist’ dari awal sehingga akhir segala prosedur.

Risau pula sekiranya terlepas satu prosedur akan melambatkan urusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan. Buat anda yang bakal berkahwin tidak lama lagi, semoga dipermudahkan segala urusan.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd