Now Reading
Bakal Suami ‘Lesap’ Saat Ijab Kabul, Bapa Mentua Terpaksa Nikahi Pengantin Perempuan

Bakal Suami ‘Lesap’ Saat Ijab Kabul, Bapa Mentua Terpaksa Nikahi Pengantin Perempuan

Pengantin lelaki bertindak untuk menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan berlangsung sehingga membuatkan bapa mentua memikul tanggungjawab menikahi wanita yang ditinggalkan oleh anaknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkahwinan merupakan detik terindah bagi semua pasangan di luar sana untuk mengikat hubungan romantis yang telah dibina secara sah.

Tidak kira majlis secara besar-besaran ataupun secara sederhana, asalkan hubungan itu halal dan diredhai. Tambahan pula, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi momen yang terindah bagi setiap pasangan pengantin.

Baca Artikel Berkaitan: “Kahwin Elok-elok” – Keluarga Bakal Mentua Risik Gadis Pilihan Di Kedai Makan, Bakal Kakak Ipar Siap ‘Warning’

Baca Artikel Berkaitan: Video Tular ‘Abang Tesla’ Pujuk Isteri Minta Izin Poligami Raih Kecaman Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Majlis Pernikahan Pasangan Bangsa Cina & Melayu Buat Ramai Sebak

Namun, lain pula yang berlaku kepada sebuah pasangan di Indonesia ini di mana bakal suami pengantin perempuan telah menghilangkan diri.


Pengantin Wanita Terpaksa Bernikah Dengan Bapa Mentua Kerana Kos Majlis Perkahwinan Yang Tinggi

Majlis ijab kabul ini bertukar suram apabila pengantin lelaki menghilangkan diri sewaktu majlis sepatutnya berlangsung. Bukan itu sahaja, pengantin wanita yang digelar sebagai SA telah membuat keputusan untuk meneruskan majlis pada hari itu dengan menikahi pemuda lain kerana kos perkahwinan yang telah dibelanjakan adalah tinggi. 

Menerusi laporan oleh Gempak, pengantin lelaki yang bernama Isra telah melarikan diri pada Selasa lalu (29 Ogos). Untuk pengetahuan umum, keluarga dari kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan telahpun selesai menyediakan segala persiapan bagi majlis tersebut. 

Namun, atas faktor pengantin lelaki yang tidak bertanggungjawab melarikan diri, seorang bapa terpaksa mengambil alih tempat anaknya dan menikahi pengantin perempuan berkenaan.

Situasi ini boleh dilihat melalui satu video yang tular di kebanyakan media sosial di Indonesia. Menerusi video berkenaan, seorang lelaki yang dilihat memakai baju batik dan bersongkok sedang duduk berhadapan dengan lelaki berbaju biru, yang dipercayai merupakan bapa kepada pengantin lelaki.  

Melalui perkongsian video itu juga, majlis kemudiannya diteruskan dengan proses ijab kabul antara bapa kepada lelaki dan pengantin perempuan yang sepatutnya menjadi menantunya.

(Sumber: Instagram @in_formania)

Sedih Atas Takdir Yang Tidak Disangka Terjadi

Memetik laporan TribunNews, abang kepada SA iaitu Wisto Ahmad berkata, mereka sekeluarga tiba di lokasi perkahwinan sebaik sahaja menerima khabar berita yang mengejutkan itu. 

“Para tetamu sudah pun tiba untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. Keluarga lelaki itu kemudian memaklumkan kepada kami bahawa anak mereka hilang dan tidak dapat ditemui,” jelas Ahmad pada hari Khamis (31 Ogos). 

Persiapan perkahwinan yang telah tersedia menyebabkan keluarga SA mengalami kerugian sekitar Rp 25 juta (kira-kira RM7,600).


Boleh Ke Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan?

Pasti anda tertanya-tanya adakah seseorang itu dibenarkan untuk menyaman pasangannya jika mereka bertindak untuk membatalkan perkahwinan?

Jawapannya adalah ya boleh. Anda dibenarkan untuk bertindak sedemikian.

Menerusi perkongsian video di TikTok milik seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi (@lawyerghandi), peguam ini menjelaskan bahawa perjanjian pemungkiran untuk berkahwin boleh dituntut di Mahkamah Syariah bagi Muslim dan Mahkamah Sivil bagi yang bukan beragama Islam.

Dalam pada itu, Gandhi turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah berjanji dengan seseorang jika tidak yakin dapat menunaikannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan? Ini Penjelasan Peguam

Sumber: Gempak | Tribun News


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd