Now Reading
[Video] Boleh Ke Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan? Ini Penjelasan Peguam

[Video] Boleh Ke Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan? Ini Penjelasan Peguam

Menurut peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi itu, beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu sebelum menfailkan saman kerana pembatalan perkahwinan.

aman-sebab-batal-perkahwinan-720x420.jpg

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara perkara yang paling perit untuk dilalui oleh mana-mana individu pastinya apabila terpaksa memutuskan hubungan dengan seseorang yang dicintai.

Lebih-lebih lagi jika pasangan itu telah merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas sekian lama menjalinkan cinta.


Boleh Saman Individu Yang Batalkan Perkahwinaan Di Saat Akhir

Tidak dinafikan, jodoh itu sememangnya ketentuan Allah SWT. Namun, tahukah anda seseorang individu itu boleh memfailkan saman terhadap pasangannya jika membatalkan perkahwinan di saat akhir.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi di laman media sosial miliknya.


Beberapa Perkara Perlu Diteliti Sebelum Failkan Saman

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, peguam tersebut berkata bagaimanapun beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu sembelum menfailkan saman.

Menurutnya, seseorang itu boleh memfailkan saman jika sudah mempunyai perjanjian untuk berkahwin antara dirinya dan individu tersebut.

“Ya anda boleh (saman) tapi harus ingat perkara berikut. Pertama anda perlu pastikan ada perjanjian yang jelas untuk berkahwin.

“Contohnya, jika kedua-dua pihak sudah menghantar kad jemputan kahwin. Antara ganti rugi yang boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga bagi persiapan perkahwinan. Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya.

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

Perjanjian Pemungkiran Boleh Dituntut Di Mahkamah Syariah (Islam) & Mahkamah Sivil (Bukan Islam)

Menurutnya lagi, perjanjian pemungkiran untuk berkahwin boleh dituntut di Mahkamah Syariah bagi Muslim dan Mahkamah Sivil bagi yang bukan beragama Islam.

Di akhir perkongsian, Gandhi juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah berjanji jika tidak dapat menunaikannya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd