Now Reading
[Video] Majlis Pernikahan Pasangan Bangsa Cina & Melayu Buat Ramai Sebak

[Video] Majlis Pernikahan Pasangan Bangsa Cina & Melayu Buat Ramai Sebak

Detik penyatuan pasangan mempelai itu bertukar sebak apabila pengantin perempuan diiringi masuk ke dalam dewan bersama ibunya sambil mengalirkan air mata. 

[Video] Majlis Pernikahan Pasangan Bangsa Cina & Melayu Buat Ramai Sebak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Masyarakat Malaysia dikenali dengan penduduk berbilang kaum yang termasuklah bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

Walaupun wujud perbezaan kaum, tetapi itu tidak menghalang rakyat Malaysia untuk hidup dalam keadaan harmoni sambil mempelajari budaya serta cara hidup antara satu sama lain.

BACA JUGA: Pasangan Melayu Bantu Kaum Cina Masak Menu ‘Vegetarian’ Untuk Sambutan Thaipusam. Ramai Netizen Bangga!

BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’


Perkahwinan Campur Antara Pasangan Kaum Melayu Dan Cina Buat Ibu Bapa Menangis Sebak

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@Emcee_ezal), lelaki ini menunjukkan suasana ketika berada di sebuah majlis perkahwinan campur melibatkan pasangan bangsa Melayu dan Cina.

Dalam majlis mengikut adat budaya kaum Melayu, keluarga belah perempuan yang merupakan bangsa Cina turut menghadiri acara penuh bermakna itu.

Lebih menarik lagi, majlis tersebut mempunyai dua pengacara majlis di mana seorang lelaki berbangsa Melayu mengemudi acara dengan bahasa Melayu manakala seorang wanita berbangsa Cina pula akan mentafsir skrip ucapan berkenaan dalam bahasa Mandarin. 

Detik penyatuan pasangan mempelai itu bertukar sebak apabila pengantin perempuan diiringi masuk ke dalam dewan bersama ibunya dan seorang lagi wanita sambil mengalirkan air mata. 

Pengantin wanita berkenaan juga tidak dapat menahan sedih di atas pelamin sebelum bermulanya majlis ijab kabul. 

Sumber: TikTok @Emcee_rezal

Suasana yang cukup menyentuh hati itu lebih terasa ketika pasangan suami isteri bersalaman dengan ibu bapa mereka sambil mendengar pesanan yang diberikan sebelum menjalani kehidupan fasa baharu. 

Kami pun sedih bila tengok ibu kepada pengantin perempuan itu menangis teresak-esak ketika bersalaman dengan pengantin lelaki serta anak perempuannya. 

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis

https://www.tiktok.com/@emcee_ezal/video/7253301662457122066


Netizen Pun Sebak Sekali!

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang turut meluahkan rasa sebak melihat suasana perkahwinan campur itu, terutamanya ketika kedua-dua ibu bapa menangis ketika sesi bersalaman.

Dalam pada itu, netizen juga memberikan ucapan tahniah dan mendoakan agar jodoh buat pasangan suami isteri itu berkekalan hingga ke syurga.


Hukum Perkahwinan Campur Dalam Islam

Perkahwinan adalah perkara mulia yang sangat dituntut oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Islam, perkahwinan campur dengan kaum atau warganegara yang berbeza adalah dibolehkan dengan syarat mereka perlu menganut agama Islam bagi mengelakkan berlaku masalah dari segi pembahagian harta, status anak dan sebagainya.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 221:

وَلَا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكٰتِ حَتّٰى يُؤْمِنَّ ۗ وَلَاَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّنْ مُّشْرِكَةٍ وَّلَوْ اَعْجَبَتْكُمْ ۚ وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِيْنَ حَتّٰى يُؤْمِنُوْا ۗ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّنْ مُّشْرِكٍ وَّلَوْ اَعْجَبَكُمْ ۗ اُولٰۤىِٕكَ يَدْعُوْنَ اِلَى النَّارِ ۖ وَاللّٰهُ يَدْعُوْٓا اِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِاِذْنِهٖۚ وَيُبَيِّنُ اٰيٰتِهٖ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُوْنَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu mengahwini wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya seorang hamba yang mukmin itu lebih baik daripada wanita yang musyrik meskipun kamu menyukainya.

Kami mendoakan agar setiap perkahwinan bagi setiap pasangan dapat membentuk keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd