Now Reading
“Kahwin Elok-elok” – Keluarga Bakal Mentua Risik Gadis Pilihan Di Kedai Makan, Bakal Kakak Ipar Siap ‘Warning’

“Kahwin Elok-elok” – Keluarga Bakal Mentua Risik Gadis Pilihan Di Kedai Makan, Bakal Kakak Ipar Siap ‘Warning’

Walaupun hanya dilakukan di kedai makan, tetapi majlis merisik itu agak meriah dengan keluarga mereka yang agak ‘sporting’.

[Video] Bakal Kakak Ipar Sarung Cincin Merisik Kepada Gadis Pilihan Adik, Buat Di Kedai Makan Je!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kaum mempunyai adat tersendiri sebelum seseorang mengikat tali perkahwinan.

Bagi masyarakat kaum Melayu, sudah menjadi tradisi untuk melakukan beberapa adat seperti merisik dan bertunang sebelum meneruskan mengikat tali perkahwinan.

Kebiasaannya, pertunangan seseorang dilakukan dalam beberapa minggu atau bulan bagi memberi tempoh persediaan untuk majlis nikah.

BACA JUGA: Nak Bertunang? Ini 9 ‘Checklist’ Penting Sebelum Majlis


Keluarga Bakal Mentua Merisik Gadis Di Kedai Makan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@aidadaud7), sebuah keluarga dilihat melakukan acara merisik kepada seorang gadis dalam keadaan bersahaja di kedai makan.

Dalam video tersebut, bakal kakak ipar diberikan tugas untuk menyarungkan cincin merisik kepada gadis berkenaan. Siap bagi ‘warning’ dalam nada gurauan ya.

Bismillahirrahmanirahim. Insya-Allah. Saya sarungkan pada jari manis eh. Kahwin elok-elok, gaduh aku rembat kau.

Bakal kakak ipar.

Walaupun hanya dilakukan di kedai makan, tetapi majlis merisik itu agak meriah dengan keluarga mereka yang agak ‘sporting’. Gadis yang dirisik juga kelihatan tenang sahaja dan boleh bergelak ketawa sebelum jarinya disarungkan cincin.

Kalau boleh dipermudahkan, apa salahnya betul tak?

Video tersebut telah meraih 611,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@aidadaud7

Alhamdulillah.. Settle tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita.. Siap sound lg hehe #cikguaida #proposalvideo #kahwin #lamaran

♬ original sound – Cikgu Aida – Cikgu Aida

Cara Keluarga Ini Merisik Wanita Untuk Jadi Menantu Raih Pujian Ramai

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji cara keluarga ini mempermudahkan urusan untuk merisik wanita menjadi bakal menantu.

Sempoi je buat di kedai makan kan?

Ada juga yang cemburu melihat keakraban mereka bersama wanita itu walaupun masih belum sah menjadi sebahagian daripada keluarga.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan wanita tersebut agar urusan seterusnya untuk bergelar isteri berjalan dengan lancar.


Perbezaan Merisik Dan Bertunang Dalam Adat Kaum Melayu

Merisik adalah langkah pertama sebelum hubungan sesebuah pasangan itu menjadi lebih serius.

Kenapa perlunya merisik dalam adat kaum Melayu? Perkara itu dilakukan bagi mengetahui status sebenar wanita pilihan sebelum dipilih menjadi isteri.

Bukan apa, risau sekiranya calon pilihan hati sudah bergelar isteri atau tunangan kepada orang lain.

Dalam adat kaum Melayu juga, keluarga belah perempuan akan menyediakan hidangan buat keluarga pihak lelaki yang datang merisik sebagai tanda ingin menghargai perhubungan yang bakal terjalin.

Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah merisik dan bertunang itu dua perkara yang sama?

Tidak sama ya.

Sumber: Bidadari/Remaja

Bertunang adalah ikatan perjanjian untuk menjadi suami isteri dan kebiasaannya majlis kecil-kecilan akan dilakukan melibatkan ahli keluarga terdekat.

Ketika majlis pertunangan juga, kedua-dua belah pihak akan berbalas hantaran dan mula berbincang tentang tempoh bertunang, tarikh perkahwinan dan jumlah hantaran.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

BACA JUGA: Jurugambar Ini Kongsi Tips Susun Masa Untuk Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam Je

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd