Now Reading
Nak Bertunang? Ini 9 ‘Checklist’ Penting Sebelum Majlis

Nak Bertunang? Ini 9 ‘Checklist’ Penting Sebelum Majlis

Persiapan untuk majlis pertunangan itu juga penting bagi memastikan segala proses berjalan dengan mudah dan lancar.

Nak Bertunang Tak Lama Lagi? Ini Checklist Penting Anda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum mendirikan rumah tangga, sesetengah individu akan memilih untuk bertunang terlebih dahulu dengan pilihan pasangan mereka dalam beberapa tempoh waktu.

Tempoh pertunangan itu bergantung kepada anda sendiri. Ada yang bertunang beberapa jam sahaja dan ada juga yang bertunang sehingga setahun dua.

Dalam agama Islam, pertunangan adalah bertujuan untuk mengenali hati budi pasangan dan mempersiapkan diri sebelum mendirikan rumah tangga.

Memetik sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, majlis pertunangan tidak digalakkan untuk dibuat secara besar-besaran bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Yang penting, majlis mendapat berkat.

Senarai Penting Untuk Majlis Pertunangan

Kepada mereka di luar sana yang bakal bertunang buat pertama kali, mungkin anda terpinga-pinga nak buat persiapan seperti jenis barangan yang perlu dibeli dan sebagainya.

Jangan risau kerana seorang pengguna Twitter (@zalyazahari) sebelum ini pernah memuat naik hantaran dengan berkongsi beberapa senarai sebagai rujukan untuk persiapan bertunang.

Antaranya:

1. Maklumkan Kepada Ibu Bapa Dan Juga Ahli Keluarga

Kebiasaannya, majlis pertunangan akan melibatkan keluarga pihak lelaki yang datang berjumpa dengan keluarga pihak perempuan.

Jadi sebab itulah pentingnya untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga terlebih dahulu sekiranaya ingin masuk meminang dan bertunang dengan pasangan pilihan hati.

2. Lantik Wakil Jurucakap Dari Pihak Lelaki Dan Perempuan

Sumber: Twitter/zalyazahari

Pemilihan wakil jurucakap yang berpengalaman serta pandai berkomunikasi juga penting bagi memastikan kelancaran perbincangan dengan kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan.

Apa fungsi wakil jurucakap ini sebenarnya? Mereka akan sama-sama menjadi orang tengah bagi kedua-dua belah pihak untuk membincangkan tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang mas kahwin, harga hantaran, tarikh nikah, jumlah dulang hantaran dan sebagainya.

3. Cincin dan sarung cincin

Sumber: Habib Jewels/Shopee

Selalunya cincin tunang dipilih dengan corak yang ringkas dan tidak keterlaluan.

Antara cincin yang menjadi pilihan ramai untuk majlis pertunangan adalah cincin belah rotan di mana luarannya adalah kosong dan sedikit corak tetapi ia tidak mempunyai apa-apa batu berlian.

Apabila sudah ada cincin, mestilah kena ada bekas sarung kan? Jangan lupa untuk menyediakan bekas cincin yang majlis pertunangan anda. Beli yang simple pun boleh.

4. Hantaran Bertunang

Sumber: Twitter/zalyazahari

Kalau untuk majlis pertunangan, kebiasaannya hantaran akan diberikan mengikut nombor ganjil. Contohnya perempuan akan memberi lima dulang dan pihak lelaki pula membalas dengan tiga dulang.

Nak letak apa atas dulang hantaran bertunang? Boleh letak makanan atau barangan seperti kotak berisi pencuci mulut, bungkusan coklat, buah-buahan, kek dan sebagainya.

Boleh juga kalau diberi gubahan tuala atau sireh junjung.

5. Tempah Katerer Makanan

Sumber: Twitter/zalyazahari

Untuk pihak perempuan, anda perlu bertanya kepada pihak lelaki tentang jumlah anggaran tetamu yang bakal hadir ketika majlis pertunangan tersebut untuk memudahkan urusan menempah makanan dengan katerer.

Risau sekiranya ada tetamu dari keluarga pihak lelaki yang tidak dapat menjamu selera kerana tempahan makanan tidak mencukupi.

6. Baju Bertunang Untuk Pasangan Perempuan

Sumber: Omar Ali

Majlis pertunangan ini lebih melibatkan pasangan perempuan dan ibu kepada pasangan lelaki. Jadi, pasangan perempuan perlulah mempunyai pakaian yang sopan dan manis mata memandang ketika majlis menyarung cincin.

Selalunya pasangan perempuan akan memakai baju kurung yang tidak keterlaluan dan memilih warna yang lembut untuk tampil lebih berseri.

7. Mekap Untuk Pasangan Perempuan

Sumber: Twitter@anisnabilaaaa

Sebagai perempuan, sudah tentu kita mahu tampil cantik dan berseri pada hari bersejarah dalam hidup. Dapat mekap “natural look” pun cantik juga.

Kalau anda ada bajet lebih sikit, tak salah upah jurumekap atau MUA untuk menyolek muka tampil berseri pada hari tersebut.

8. Pelamin

Sumber: Pinterest

Pelamin bukan setakat untuk majlis bersanding selepas berkahwin ya. Nak bertunang pun tidak salah kalau anda ada bajet lebih untuk menyewa pelamin.

Sekarang pun ada banyak jenis pilihan pelamin untuk bersanding yang anda boleh tempah untuk majlis pertunangan. Dapat pelamin yang simple dan cantik pun sudah memadai.

9. Bunga Tangan

Sumber: Shopee/ Twitter

Bunga tangan ini biasanya akan dipegang oleh pasangan perempuan ketika sesi bergambar. Dengan adanya perhiasan itu di tangan, mana tahu boleh naikkan seri wajah pasangan perempuan.

Kalau ambil gambar outdoor dengan pasangan pilihan selepas majlis bertunang pun cantik bila adanya bunga tangan ini.


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana yang bakal bertunang tidak lama lagi.

Kami mendoakan agar segala urusan anda dipermudahkan untuk anda. Selamat bertunang!

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd