Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!
Formula yang agak mudah untuk kick-start kumpul duit kahwin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Setiap orang inginkan kehidupan berumahtangga bersama pasangan pilihan hati. Tidak kisahlah apa jua halangan yang bakal ditempuhi, kalau dah sayang memang akan diusahakan.
Memang ramai yang sanggup untuk berkahwin. Tapi penghalangnya adalah bila tiba masa untuk mengumpul duit. Berpuluh ribu habis untuk majlis yang bakal diadakan dalam masa beberapa jam sahaja.
Malah, ada juga pasangan yang menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan.
Berbaloi ke?
(Sumber: Eric Cheng Photography)
Untuk mereka yang sudah memasang hajat untuk berkahwin tapi tak tahu cara kumpul duit, baca perkongsian seorang pengguna Facebook Razzatul Nadia Rosli yang memberikan formula kumpul duit kahwin mudah.
Nota: Perkongsian ini adalah dari tahun 2017, tapi masih relevan.
1. Set tarikh target untuk berkahwin.
Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target, susah untuk korang nak set pencapaian korang. So memang kene set. Normally orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang.
2. Buat ASB loan.
Okey ini sangat penting untuk memaksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kene buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun. So bulanannya dalam RM300/month dengan kadar faedah bank 5.2%.
Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%, So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625. So 2 tahun jadi RM7,250.
Hmm cukup ke RM7,250 ni? Duit hantaran pun dah RM10k, mana lagi nak beli barang hantaran lagi, majlis nikah lagi, majlis kahwin lagi kan. So conclusion nya memang tak cukup.
3. Buat part-time dropship TANPA modal.
Okey sekarang ni bersepah founder leader stokis yang carik agent dropship kan. So gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Memang nak kahwin ni kene struggle sikit lah kan. Hehe.
Tips dia, korang kene lah jual produk yang orang sedian tahu, yang jenis leader @ stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan. Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komisen FREEÂ je.
Normally keuntungan dropship RM5-RM30 /pcs. So andai kata lah korang dapat jual 5 produk, Razz average kan keuntungan dalam RM10/pcs.
- 5pcs x RM10 = RM50 (sehari)
- 30 hari x RM50 = RM1500 (sebulan)
- 24 bulan x RM1500 = RM36,000 (2 tahun)
Ha nampak tak kat situ, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money okey. Tak payah buat bisnes keluar modal besar pun dah boleh simpan duit kahwin. Syaratnya korang kene tahan nafsu lah.
Tips lain:
Antara tips yang lain adalah setiap kali dapat komisen – terus masuk ke dalam akaun ASB. Bila susah nak keluarkan, mesti takkan ‘berjoli’ dengan duit itu.
Tapi zaman pandemik/endemik ini seeloknya kita lebih bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Majlis sosial di mana orang ramai sukar untuk menjaga jarak, sebaiknya dielakkan dahulu.
Kalau nak juga, buat kecil-kecilan dan hanya jemput ahli keluarga terdekat.
Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. 🙂
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.