Now Reading
“Saya Nak Kahwin Tapi Masih Tak Pasti Matlamat Perkahwinan” – Coach Taaruf Ini Beri Penjelasan Tepat

“Saya Nak Kahwin Tapi Masih Tak Pasti Matlamat Perkahwinan” – Coach Taaruf Ini Beri Penjelasan Tepat

Aiman dalam masa sama turut menegaskan bahawa perkahwinan itu melengkapkan separuh agama dan ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila seseorang itu memiliki niat untuk berkahwin, apa jua akan dilakukan bagi merealisasikan impian tersebut. Mana tidaknya, perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng.

Seseorang itu harus melakukan persediaan sepenuhnya mental dan fizikal untuk menghadapi bahtera perkahwinan. Sebab itulah adanya ucapan, “Selamat menempuh hidup baharu.”

Gambar sekadar hiasan.

Dalam erti kata mudah, maksud kepada ungkapan tersebut adalah kehidupan baharu bersama pasangan pilihan seseorang itu. Ini kerana, perkahwinan adalah ‘permainan untuk dua orang’ (Game for two).

Baca Artikel Berkaitan: Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!


Majlis Perkahwinan Bakal Tiba, Tapi Matlamat Masih Belum Pasti…

Baru-baru ini menerusi laman X, seorang Coach Taaruf iaitu Aiman Azlan menerusi satu bebenang ciapan telah menjawab satu persoalan yang agak penting apabila seseorang itu bakal berkahwin tidak lama lagi, namun masih tidak pasti akan matlamat perkahwinan tersebut.

“Saya dah nak kahwin dah ni. Tapi still tak sure matlamat perkahwinan saya.”

Jawapan mudah yang diberikan adalah: “Jangan start perjalanan kalau tak tahu nak ke mana.”

Manakala penerangan panjang lebar untuk lebih difahami oleh setiap bakal pengantin adalah:

Nabi Muhammad SAW sudahpun mengajar umat Islam dalam hadis pertama dalam himpunan Hadis 40 Imam Nawawi yang membawa maksud, “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.”

Ini bermakna, jika niat anda tidak jelas, maka amalan tersebut juga akan tidak jelas. Dan anda mungkin bertindak, namun tiada visi sebenar.

Pentingnya ada matlamat jelas untuk nak kahwin sebab kita nak commit kepada seseorang itu FOR LIFE! Perjalanan ini jauh dan memenatkan. Kalau tak jelas matlamat, maka anda akan sangkut somewhere dan bertanya, “What’s the point aku buat semua ni?”

Aiman Azlan menerusi laman X.

Matlamat Harus Jelas

Tambahnya lagi, jika matlamat anda serta pasangan sudah jelas, kuat, long-term, dan selari – maka ia ibarat pelampung jika anda dan si dia terhumban di lautan.

Takda pelampung tu, boleh jadi kita lemas. Boleh la nak berenang, tapi lama-lama kaki krem, nak juga pelampung tu.

Aiman Azlan menerusi laman X.

Aiman dalam masa sama turut menegaskan bahawa perkahwinan itu melengkapkan separuh agama. Oleh itu, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah malah mencabar sehinggakan ganjaran yang bakal diterima adalah: Separuh agama dikira ‘setel’.

Tambahan pula, jika pasangan kita ada melakukan hal-hal yang mungkin menyakitkan hati kita, dan sering salah faham di antara satu sama lain, maka berbalik semula kepada matlamat perkahwinan anda.

Dengan itu, ia akan menjadi satu pembakar semangat untuk sesebuah pasangan.

Matlamat yang jelas akan mengikat komitmen kita kepada pasangan dengan lebih erat. Of course, ini tak bermakna set matlamat dan go autopilot saja. Kena sentiasa remind matlamat asal, renew balik from time to time, dan perkukuhkan. Baru jadi.

Aiman Azlan menerusi laman X.

Nasihat Buat Pasangan Suami & Isteri

Ciapan Aiman diakhiri dengan nasihat di mana setiap individu yang bakal berkahwin disarankan untuk menggunakan masa sebelum pernikahan dengan mendalami dan cari matlamat perkahwinan bagi memenuhi ciri-ciri di bawah:

  1. Ia tidak ikut mood.
  2. Ia bersifat jangka masa panjang (long-term).
  3. Ia adalah ‘evergreen’ tanpa mengira keadaan/situasi.

Dengan ini, bahtera perkahwinan yang dibina insya-Allah boleh kekal kukuh.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?


5 Fasa Perkahwinan Yang WAJIB Diketahui

Cara mengatasi segala masalah dalam rumahtangga sememangnya begitu penting, terutamanya untuk ‘tackle’ masalah utama dan menyelesaikannya seperti orang dewasa.

Janganlah bertikam lidah selama-lamanya hanya kerana satu masalah remeh.

Gambar sekadar hiasan.

Secara ringkasnya, dalam perkahwinan akan ada lima (5) fasa, iaitu:

1. Fasa Honeymoon/Fanatik.

Fasa ini kita akan nampak yg indah-indah sahaja pada pasangan. Kentut pun wangi. Kita ini ibarat seperti peminat tegar kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ini akan bertahan enam bulan sehingga satu tahun sahaja.

2. Power Struggle. Antara fasa yang digeruni.

Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yang paling getir iaitu ‘Power Struggle. Fasa ini kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, memang kita akan tertanya pada diri sendiri, “Betul ke pilihan yang aku buat ini?”

Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tidak lepas untuk menempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.

3. Stabiliti.

Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ini dah kenal kesemuanya. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan sudah berada di tahap reda dan berlapang dada.

4. Komitmen.

Fasa ini, pasangan itu akan bersama dengan satu sama lain hanya disebabkan komitmen. Nak besarkan anak-anak, nak tunggu anak-anak bekerja atau berkahwin, dan pelbagai lagi – semuanya atas dasar tanggungjawab sahaja. Sebab itu, ada pasangan yang bercerai walaupun sudah berpuluh tahun kahwin.

Sebab mereka sudah melepasi fasa komitmen ini.

5. Bliss (Pengakhiran Bahagia).

Fasa ini merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yang bahagia. Pasangan yang berjaya sampai ke fasa ini adalah termasuk di dalam golongan yang mencapai kebahagiaan – di mana mereka ingin hidup bersama walaupun tanpa apa-apa sebab.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd