Now Reading
Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!

Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!

Jejaka Perancis yang dikenali sejak pertama kali pada 2016 iaitu Killian Castillon du Perron, 23 ketika menuntut ijazah sarjana muda di Universiti Nice Sophia Antipolis, Nice, Perancis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Eiffel Tower di Paris seakan-akan sering dijadikan sebagai simbolik cinta.

Menara tinggi yang tersegam indah ini dilihat menjadi pilihan pasangan yang ingin bercuti bersama. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Eiffel Tower ini mungkin salah satu perasaan rasa cinta pada pasangan mereka.

Wah, gitu.

Eiffel Tower = Menara Besi.

Kredit: The Independent

Tambahan pula, keunikan menara ini telah memukau mata dunia dan menggamit ramai pengunjung hingga dikatakan menara yang tidak putus dikunjungi.

Kalau belum pernah sampai, nanti border dah buka, sila pergi Paris. Mana tahu dapat jodoh. 😛

Bertemu jodoh di Kota Paris

Berikutan Paris sering dikatakan sebagai Kota Cinta, ternyata ianya adalah satu realiti buat seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Afariza Hanim Abdul Halim, 25.

Seorang wanita kelahiran Malaysia yang dikatakan telah berjumpa dengan pasangan hidupnya ketika berada di sana atas tujuan melanjutkan pelajaran.

Nur Afariza Hanim Abdul Halim.
(Kredit: Afarizahanim/Instagram)

Menurutnya, jejaka Perancis yang dikenali sejak pertama kali pada 2016 iaitu Killian Castillon du Perron, 23 ketika menuntut ijazah sarjana muda di Universiti Nice Sophia Antipolis, Nice, Perancis itu turut mencintai budaya melayu dan keunikan Malaysia.

Sebelum jumpa Killian, saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan orang luar. Tetapi perwatakannya yang sangat baik membuatkan saya jatuh hati. Dia juga suka budaya dan makanan negara kita dan tak kekok makan pakai tangan, makan durian atau nasi lemak. Bukan itu saja, dia usaha sendiri untuk belajar tentang Islam, beli buku dan jumpa ustaz sendiri tanpa disuruh.

Nur Afariza Hanim Abdul Halim ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Alahai, betul-betul sweet ni.

Peluk Islam pada 2018

Menurut laporan Harian Metro, suaminya itu telah memeluk Islam pada 2018 lalu selepas pertemuan pertama bersama keluarga Nur Afariza di Pulau Pinang, Malaysia.

Dua bulan Killian tinggal di rumah keluarga saya di Pulau Pinang dan saya bawa dia jalan-jalan mengunjungi lokasi tumpuan seperti Bukit Bendera dan Persiaran Gurney, Georgetown, Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Melaka. Di Melaka, kami sempat melawat Masjid Selat Melaka dan waktu itulah Killian ambil masa melihat sendiri seni bina Islam dan budayanya.

Nur Afariza Hanim Abdul Halim ketika dihubungi oleh Harian Metro.

The Wedding of Killian Castillon du Perron & Nur Afariza Hanim

Jelasnya, majlis pertunangan pada 8 Ogos 2020 dan perkahwinannya pada 21 September lalu terpaksa dibuat secara online susulan pandemik Covid-19.

“Sepatutnya Killian datang ke Malaysia Ogos tahun lalu tetapi disebabkan pandamik Covid-19 penerbangan dibatalkan dan Malaysia tutup sempadan untuk warga asing.

“Perkahwinan juga patutnya di Malaysia Disember ini namun melihat kepada situasi semasa tiada kelonggaran kemasukan warga asing, jadi kami teruskan melangsungkan perkahwinan di Perancis tanpa kehadiran keluarga saya,” katanya.

Menurutnya, hanya lapan orang rakannya di Perancis yang hadir menggantikan pihak keluarga di hari perkahwinannya di Masjid As-Salam di Toulouse, Perancis.

Manakala ibu dan adik-beradik yang lain hanya dapat menonton menerusi panggilan video.

Kredit: Harian Metro

Sedih juga ayah, Abdul Halim Abdullah meninggal dunia empat hari selepas hari pertunangan saya tidak dapat melihat kami disatukan namun Alhamdulillah, Killian sempat meminta restu melalui abang saya.

Nur Afariza Hanim Abdul Halim ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Nur Afariza berkata bahawa dia dan suaminya baru saja tamat pengajian peringkat Sarjana dalam bidang kejuruteraan dan merancang untuk tinggal di Perancis.

Untuk perancangan selepas ini, kami akan pindah ke Nice, Perancis untuk Killian sambung pengajian dalam Doktor Falsafah selama tiga tahun. Saya pula akan cari kerja di sini dahulu. Lepas Killian habis belajar, mungkin kami akan cari peluang baru.

Nur Afariza Hanim Abdul Halim ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Apa pun, team TRP mengucapkan ribuan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd