Now Reading
Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?

Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?

Bertabahlah wahai millennials.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum berkahwin, ilmu di dada perlu ada.

Persiapan sebelum menikah sebenarnya tidak semudah yang disangka. Anda perlu menyiapkan mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum menikah. Antaranya; komitmen, konsep tentang keluarga, kewangan, cara mengatasi konflik atau pertengkaran antara pasangan dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Berita Harian)

Pendek kata, kalau masih belum bersedia, jangan cari pasal.

BACA JUGA: Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya


Jodoh Tak Muncul?

Setiap individu pasti mempunyai hasrat untuk berumahtangga bersama pasangan pilihan hati. Tidak kisahlah apa jua halangan yang bakal ditempuhi, kalau dah sayang memang akan diusahakan.

Tapi sekarang ini permasalahan yang sering diutarakan adalah:

“Kenapa millennials menjadi generasi yang susah nak cari jodoh?”

Seorang pengguna Twitter (rinmansor) telah berkongsi sedikit informasi tentang topik ini. Bila dihadam, ada betulnya juga apa yang diperkatakan.

Menurutnya lagi, segelintir wanita zaman sekarang ini ada juga mempunyai impian untuk ditegur di kawasan terbuka oleh seorang jejaka. Walau bagaimanapun, perkara itu jarang sekali berlaku oleh kerana jejaka (nice guy) zaman sekarang mempunyai kesedaran tentang ‘stranger danger’.

Betul juga.

Akhirnya, menyorok sahajalah walaupun ada simpan perasaan.

Ingat tu, tak kesemua lelaki jahat.

Di luar sana, masih ramai jejaka yang masih belum berani untuk ‘approach’ wanita yang disukai.

Jangan marah nyamuk, bakar kelambu.

Antara cabaran menjadi millennials ini adalah ketika mencari cinta, iaitu:

  • Bila depan-depan tak bertegur sapa.
  • Tak nak guna dating apps sebab nanti kena ‘ceramah’ dengan orang tua-tua suruh jadi ‘old-school’ pula.

Dah tu, sampai ke sudahlah jadi loner. 🙁

Memang tidak dinafikan, generasi sekarang ini adalah generasi paling sukar untuk membuat keputusan. Tambah-tambah pula kesemuanya dilihat semakin mahal.

Kerja dari pagi sampai ke malam pun belum tentu boleh berjaya beli rumah.

Inikan pula mencari jodoh.

Tak mudah, ya.


Antara komen-komen bagus tentang mengapa millennials sukar cari jodoh:

Kesimpulannya, banyakkan berdoa agak dikurniakan seorang jodoh tepat pada masanya. Jangan terlalu mencari dan jangan juga tidak berbuat apa-apa. Perlu ada usaha dan iktihar juga kalau nak apa-apa kan?

Believe in your timeline, then you’re good to go! 😉

BACA JUGA: Wanita Bekerjaya Tak Boleh Urus Keluarga? Siapa Kata?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd