Now Reading
Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Setiap pasangan ada cara masing-masing untuk menguruskan kewangan keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Bila sudah bergelar suami isteri, ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas.

Sebagai seorang suami, perlu bersiap sedia untuk memimpin keluarga dan menyediakan kelengkapan secukupnya. Isteri pula perlulah melayan suami dengan menjaga makan dan minum mereka.

Senang kata, suami isteri perlu saling bekerjasama untuk memastikan urusan rumah tangga berjalan dengan lancar.

Tapi, bagaimana dengan urusan kewangan pula?

Sumber: SehatQ

Tanggungjawab urusan kewangan keluarga

Baru-baru ini, perbincangan tentang urusan kewangan selepas berkahwin menjadi topik perbualan netizen di media sosial selepas seorang pengguna Twitter (Att Yusof) meminta pandangan orang ramai memandangkan dia bakal memasuki alam perkahwinan tidak lama lagi.

Ramai suami dan isteri yang turut memberikan pandangan masing-masing berkenaan isu urusan kewangan dalam perkahwinan.

Antara nasihat berguna yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Jangan ambil alih tugas suami

Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakan daripada mereka menyokong bahawa tanggungjawab membayar segala bil di rumah dan juga perbelanjaan dapur adalah tanggungjawab suami.

Kalau isteri setakat nak tambah-tambah duit sedikit, itu tidak menjadi masalah.

2. Duit isteri milik isteri

Mesti korang pernah dengar orang cakap duit suami duit isteri juga tetapi duit isteri milik isteri.

Boleh dikatakan kebanyakan wanita hari ini juga bekerja dan mempunyai gaji tersendiri. Tapi itu tidak bermakna isteri wajib juga bertanggungjawab seperti suami.

Kami melihat ramai yang bersetuju bahawa isteri boleh buat apa sahaja dengan gaji yang dimiliki dan suami tiada hak untuk menggunakannya. Apatah lagi nak minta isteri bayarkan bil-bil rumah.

3. Buat akaun simpanan bersama

Sesetengah pasangan suami isteri yang mewujudkan akaun simpanan bersama untuk membuat persediaan seperti ketika kecemasan.


Banyak juga tips yang kita boleh belajar daripada perkongsian netizen ini.

Nak hidup sebagai suami isteri ini kena bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Nasihat kami, elakkan berkahwin sebab ikut trend. Tengok kawan-kawan semua dah kahwin, kita pun nak ikut sekali.

Untuk yang bakal berkahwin tidak lama lagi, persiapkan diri dengan segi ilmu dan kewangan secukupnya. Barulah boleh bina rumah tangga yang harmoni.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd