Now Reading
Netizen Kongsi Nasihat Kepada Suami Isteri Yang Baru Berkahwin. #2 Paling Akan Kerap Berlaku!

Netizen Kongsi Nasihat Kepada Suami Isteri Yang Baru Berkahwin. #2 Paling Akan Kerap Berlaku!

Antara nasihat yang dikongsikan untuk pasangan yang baru berkahwin adalah tidak terlalu menyayangi seseorang sehingga kurang mengambil berat tentang diri sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bercakap tentang perkahwinan, pasti ramai yang teruja kerana akhirnya dapat hidup bersama dengan pasangan pilihan.

Seronok dapat lihat wajah isteri atau suami selepas penat bekerja di pejabat dan juga ada teman untuk berborak di rumah.

Namun, perkahwinan ini ada fasa ‘naik turun’ kerana tidak semuanya indah-indah belaka terutamanya apabila anda baru sahaja tinggal bersama pasangan dan belum mengenali karakter mereka sepenuhnya.


Nasihat Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman X (Twitter @MYloverrekindled) telah mengajukan soalan kepada netizen di media sosial tentang nasihat yang boleh diberikan terhadap pasangan yang baru sahaja berkahwin atau digelar sebagai ‘newlyweds’.

Pengguna X (Twitter) ini juga berkongsi nasihatnya agar setiap individu tidak terlalu menyayangi seseorang sehingga tidak menyayangi diri sendiri dan sentiasa beringat bahawa manusia akan sentiasa berbuat silap.

Di ruangan komen ciapan tersebut, ada banyak juga nasihat yang berguna dikongsikan oleh netizen. Antaranya:

#1. Elakkan Tidur Dalam Keadaan Marah

Tidak dinafikan pasangan suami isteri pasti akan mempunyai perselisihan faham sehingga menimbulkan perasaan marah dan kurang senang antara satu sama lain.

Apabila berlaku situasi seperti itu, elakkan dari bermasam muka dengan pasangan sehingga tidur dalam kemarahan kerana masalah tersebut boleh berlarutan sehingga hari-hari seterusnya pula.

#2. Kenali Perangai Isteri Ketika Dia Sedang Lapar

Perempuan kalau tengah lapar memang akan ‘moody’ ya. Bila perut ‘tak betul’, fikiran juga terganggu sehingga boleh memberi kesan kepada emosi.

Jadi buat para suami, boleh perlahan-lahan kenali perangai isteri anda apabila mereka sedang lapar.

NOTA: Dari pengalaman penulis sendiri, biasanya perempuan kalau lapar, dia akan cepat marah atau berdiam diri. Senang kata, semua benda akan jadi tak kena.

Apabila sudah faham dengan karakter isteri apabila sedang lapar, barulah para suami mudah untuk mengetahui sama ada situasi tegang yang berlaku adalah salah diri sendiri atau hanya disebabkan isteri kelaparan.

#3. Elakkan Dari Keluar Rumah Apabila Bergaduh

Sekiranya berlaku pertelingkahan antara suami isteri sehingga menyebabkan pergaduhan atau perselisihan faham, elakkan dari keluar rumah dengan alasan mahukan ruang serta masa untuk menenangkan diri.

Selagi boleh kawal emosi, elakkan dari berbuat sedemikian kerana situasi boleh bertambah buruk kepada pasangan sekiranya perkara ini berlaku.

#4. Belajar Untuk Saling Berkomunikasi

Komunikasi adalah sangat penting dan kunci utama untuk memastikan hubungan kekal sihat. Kalau ada perkara yang membuatkan anda kurang senang atau tidak puas hati, beritahu kepada pasangan dan elakkan dari memendam.

Apabila ada perkara yang dipendam terlalu lama, ia sudah pasti akan membuatkan ada terguris hati dan bimbang jika ia ‘meletup’ secara tiba-tiba.

Selain itu, beritahu juga kepada pasangan tentang perkara yang anda suka seperti makanan kegemaran atau jenis aktiviti berkualiti yang mahu dilakukan bersama.

Bukan apa, kadangkala pasangan kita ini tidak sedar dengan ‘hint’ yang diberikan. Jadi lebih baik anda berterus terang kepada pasangan daripada berselindung dan mengharapkan mereka faham apa sebenarnya kemahuan anda.

#5. Uruskan Kewangan Dengan Baik

Urusan keluar masuk duit perlu dijaga dengan baik kerana melibatkan pembayaran bil seperti bil elektrik, air Internet, sewa rumah dan sebagainya.

Apabila sudah membina keluarga sendiri, barulah kita sedar tentang betapa pentingnya ilmu untuk menguruskan kewangan. Sudah tidak boleh sesuka hati menggunakannya seperti zaman bujang dulu ya.

Perlu ada simpanan untuk kecemasan, barang dapur dan juga bersiap sedia dengan kelengkapan anak-anak pada masa akan datang.


5 Fasa Perkahwinan Yang Perlu Diketahui

Cara mengatasi segala masalah dalam rumah tangga sememangnya begitu penting, terutamanya untuk ‘tackle’ masalah utama dan menyelesaikannya seperti orang dewasa.

Janganlah bertikam lidah selama-lamanya hanya kerana satu masalah remeh.

Gambar sekadar hiasan.

Secara ringkasnya, dalam perkahwinan akan ada lima fasa, iaitu:

1. Fasa Bulan Madu

Fasa ini kita akan nampak yang indah-indah sahaja pada pasangan. Kentut pun katanya bau wangi. Kita ini ibarat seperti peminat tegar kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ini akan bertahan enam bulan sehingga satu tahun sahaja.

2. Power Struggle

Selepas fasa bulan madu, bermulalah fasa yang paling getir iaitu ‘Power Struggle’. Fasa ini kita akan mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang sangat tinggi.

3. Stabiliti

Fasa ini, kita dan pasangan akan menjadi lebih stabil kerana sudah lebih mengenali antara satu sama lain serta berada di tahap reda dan berlapang dada.

4. Komitmen

Fasa ini, pasangan akan bersama dengan satu sama lain hanya disebabkan komitmen. Nak besarkan anak-anak, nak tunggu anak-anak bekerja atau berkahwin, dan pelbagai lagi.

5. Pengakhiran Bahagia

Fasa ini merupakan fasa terakhir di mana inilah pengakhiran yang bahagia. Pasangan yang berjaya sampai ke fasa ini adalah termasuk di dalam golongan yang mencapai kebahagiaan di mana mereka ingin hidup bersama.

Baca Artikel Berkaitan: 5 Fasa Perkahwinan Ini Wajib Diketahui, Terutama ‘Power Struggle’. Paling Digeruni!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Penting Untuk Bakal Suami Dengar Khutbah Soal Nikah? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd