Now Reading
Wanita Persoal Bakal Suami Minta Sedia RM10,000 Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Wanita Persoal Bakal Suami Minta Sedia RM10,000 Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Bakal suami kepada pasangan wanita itu meminta pasangannya untuk menyimpan wang sekitar RM10,000 bagi membina kehidupan selepas berkahwin lebih selesa.

KUMPUL DUIT KAHWIN

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nak memulakan hidup sendiri lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru berkahwin bukanlah satu perkara mudah untuk semua individu.

Ini kerana ia meliputi banyak kos seperti deposit rumah, perabot, barangan dapur dan sebagainya. Itu belum termasuklah wang hantaran serta kos untuk membuat majlis kenduri kahwin.

Apabila berbicara bab kewangan selepas berkahwin, ada pihak yang menganggap ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kedua-dua belah pihak.


Wanita Persoal Bakal Pasangan Minta Dirinya Siap Sedia Wang RM10,000 Untuk Hidup Selepas Berkahwin

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman X (Twitter @meinmokhtar) telah berkongsi pertanyaan yang diterimanya dari seorang wanita.

Wanita itu bertanya sama ada hantaran yang diminta dengan nilai RM20,000 dikira sebagai normal atau tidak.

Pada masa yang sama, dia juga mempersoalkan tindakan teman lelakinya yang meminta untuk menyimpan wang sekitar RM10,000 juga sebagai persiapan selepas berkahwin.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: BaitulMuslim/Aiman Abdullah)

Difahamkan, wang berkenaan akan digunakan untuk membayar deposit rumah sewa, perabot dan sebagainya.

Namun bagi wanita tersebut, dia menganggap tanggungjawab berkenaan sepatutnya dilakukan oleh pasangannya.


Persoalan Wanita Tentang Persediaan Wang Selepas Berkahwin Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Pengguna X (Twitter @mein mokhtar) yang berkongsi soalan ini juga memberi pendapat bahawa jumlah RM10,000 itu tidak cukup untuk digunakan bagi membayar deposit sewa rumah dan perabot.

Baginya, mungkin pasangan wanita itu memintanya untuk melakukan sedemikian bagi membolehkan mereka sama-sama hidup lebih selesa selepas berkahwin.

Dalam pada itu, ada juga individu yang berpegang kepada pendapat yang sama di mana jumlah RM10,000 tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan selepas bergelar pasangan suami isteri.

Individu ini berpendapat bahawa ianya adalah suami isteri perlu saling membantu antara satu sama lain kerana ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan kehidupan semakin stabil.

Selain itu, individu lain pula menyatakan kenaikan harga kos barang perlu dilihat sebagai salah satu faktor kepada bakal pengantin untuk sama-sama mengumpul wang.


Persediaan Dari Segi Kewangan Sebelum Memasuki Alam Perkahwinan

Nak hidup sebagai suami isteri ini kena bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Nasihat kami, elakkan berkahwin sebab ikut trend. Tengok kawan-kawan semua dah kahwin, kita pun nak ikut sekali.

Untuk yang bakal berkahwin tidak lama lagi, persiapkan diri dengan segi ilmu dan kewangan secukupnya.

Antara persediaan yang perlu dilakukan dari segi kewangan sebelum memasuki alam perkahwinan adalah:

  • Wang tunai sekurang-kurangnya gaji sebulan.
  • Dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji.
  • Ambil kad perubatan atau hibah.
  • Simpanan pendidikan anak-anak.

Kepada yang bakal bernikah tidak lama lagi, kami mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Artikel Berkaitan: Gaji RM5K, Dah Boleh Kahwin Ke? Ini Penjelasan Tepat Oleh Seorang Lelaki

Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!

Artikel Berkaitan: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Sumber: Twitter @meinmokhtar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd