Gaji RM5K, Dah Boleh Kahwin Ke? Ini Penjelasan Tepat Oleh Seorang Lelaki
Pendek kata, kalau masih belum bersedia, jangan cari pasal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebelum berkahwin, ilmu di dada perlu ada.
Persiapan sebelum menikah sebenarnya tidak semudah yang disangka. Anda perlu menyiapkan mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Ada beberapa perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum menikah. Antaranya; komitmen, konsep tentang keluarga, kewangan, cara mengatasi konflik atau pertengkaran antara pasangan dan sebagainya.

(Kredit: Berita Harian)
Pendek kata, kalau masih belum bersedia, jangan cari pasal.
BACA JUGA: Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya
70% wanita tolak berkahwin dengan lelaki gaji bawah RM5,000?
Sejak kebelakangan ini, media sosial dilihat dibanjiri dengan topik majoriti wanita di Malaysia dikatakan menolak dari berkahwin dengan lelaki yang gajinya bawah daripada RM5,000.
Apa agaknya alasan di sebalik perkara ini?
Seorang pengguna Twitter @AtiqZaim terpanggil untuk mengulas isu ini dan memberikan pandangannya sebagai seorang lelaki.
Perkongsian tersebut telah dimuat naik melalui rangkaian tweet dan kini berjaya meraih lebih 2,583 retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Gaji 5K belum tentu boleh sara keluarga. Silap pilih, kahwin sekali dengan hutang² dia. Dapat gaji, bayar hutang dia je.
— Atiq Zaim (@AtiqZaim) October 20, 2021
Ada orang gaji 2K je, tapi hidup bebas hutang.
Sebab kahwin bukan saja pasal berapa gaji dia, tapi macamana dia urus kewangan dia.
Thread 👇 pic.twitter.com/zbJvnMGuv2
Menurut Atiq, seseorang lelaki akan berkahwin bukan sahaja dengan pasangan pilihan hati – malah bersama ‘hutang’ yang dimilikinya juga.
Jangan pula nanti kahwin, gaji dihabiskan untuk ‘menyara’ hutang pasangan.
Kita selalu usaha untuk tambah income. Tapi bila dapat income banyak, boleh ke kita urus income kita?
— Atiq Zaim (@AtiqZaim) October 20, 2021
Tak pelik kalau ada gaji 5K pun masih lagi sengkek. Makin tambah income, makin kita tambah hutang² jahat.
Masuk gaji dalam bank, parking kejap je sebelum keluar bayar hutang.
Jelasnya lagi, sebelum berkahwin dengan seseorang – kalau boleh minta slip gaji dan juga senarai hutang yang dimiliki olehnya.
Betul duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi fakta tak pernah menipu.
Atiq Zaim menerusi Twitter.
Menurut infografik yang disertakan olehnya, punca kes penceraian di Malaysia berlaku akibat tiada persefahaman dengan pasangan, suami tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua, dan suami atau isteri curang.
Walau bagaimanapun, tiga isu pertama yang sering dikaitkan adalah:
- Kewangan.
- Gangguan pihak ketiga.
- Penderaan fizikal dan mental.
Sebelum kahwin, selain mintak slip gaji, mintak jgk senarai hutang² yang dia bela.
— Atiq Zaim (@AtiqZaim) October 20, 2021
Sebab nanti dia akan bela korang. Salah pilih korang yang kena bela hutang² dia.
Hati² dengan hutang.
Betul duit tak boleh beli kebahagiaan.
Tapi fakta tak pernah menipu. pic.twitter.com/Qrl7ptCIoe
Sediakan payung sebelum hujan
Oleh itu, ada beberapa perkara basic yang perlu anda sediakan sebelum memasuki alam perkahwinan iaitu:
- Wang tunai sekurang-kurangnya gaji sebulan.
- Dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji.
- Ambil kad perubatan atau hibah.
- Simpanan pendidikan anak-anak.
Saving bukan ditentukan oleh berapa banyak income kita. Saving berkaitan dengan TABIAT.
— Atiq Zaim (@AtiqZaim) October 20, 2021
Pernah tak kita buat saving awal bulan, akhir bulan korek balik?
Sebab TABIAT kita dah set, kalau overspend bulan ni, masih boleh korek duit saving.
Akhirnya saving kita tak pernah cukup.
Kesimpulannya, pasangan yang bakal berkahwin perlu mempersiapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.