Now Reading
5 Fasa Perkahwinan Ini Wajib Diketahui, Terutama ‘Power Struggle’. Paling Digeruni!

5 Fasa Perkahwinan Ini Wajib Diketahui, Terutama ‘Power Struggle’. Paling Digeruni!

Fasa ‘Power Struggle’ dalam perkahwinan ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tidak lepas untuk menempuh ujian di fasa ini akan berpisah.

fasa perkahwinan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkahwinan bukanlah titik terakhir kehidupan seseorang. Malah, ia merupakan titik permulaan. Dan perlu diingatkan juga bahawa tidak semuanya indah-indah belaka apabila seseorang itu memasuki alam perkahwinan.

Konflik, pergaduhan, perselisihan faham itu akan muncul dan wujud.

Walau bagaimanapun, cara mengatasi segala masalah dalam rumahtangga sememangnya begitu penting, terutamanya untuk ‘tackle’ masalah utama dan menyelesaikannya seperti orang dewasa.

Janganlah bertikam lidah selama-lamanya hanya kerana satu masalah remeh.

BACA JUGA: Apa ‘Plan B’ Korang Kalau Pegang Status Bujang Selamanya?


5 Fasa Perkahwinan Yang Perlu Diketahui

Umum sedia maklum, ramai yang menggambarkan bahawa perkahwinan ini adalah indah dan tiada cacat cela. Tidak, ya. Konflik akan ada, meskipun punca permasalahan hanyalah kerana tidak membuang sampah di dapur, contohnya.

Sumber: Afifah/TRP

Oleh itu, seorang pengguna Facebook (Farhana Fakhira) pernah mengulas tentang topik ‘Power Struggle In Marriage’ ini untuk memudahkan pemahaman setiap pasangan yang sudah mahupun bakal berkahwin tidak lama lagi.

Secara ringkasnya, dalam perkahwinan akan ada lima (5) fasa, iaitu:

1. Fasa Honeymoon/Fanatik.

Fasa ini kita akan nampak yg indah-indah sahaja pada pasangan. Kentut pun wangi. Kita ini ibarat seperti peminat tegar kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ini akan bertahan enam bulan sehingga satu tahun sahaja.

2. Power Struggle. Antara fasa yang digeruni.

Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yang paling getir iaitu ‘Power Struggle. Fasa ini kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, memang kita akan tertanya pada diri sendiri, “Betul ke pilihan yg aku buat ini?”

Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tidak lepas untuk menempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.

3. Stabiliti.

Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ini dah kenal kesemuanya. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan sudah berada di tahap redha dan berlapang dada.

4. Komitmen.

Fasa ini, pasangan itu akan bersama dengan satu sama lain hanya disebabkan komitmen. Nak besarkan anak-anak, nak tunggu anak-anak bekerja atau berkahwin, dan pelbagai lagi – semuanya atas dasar tanggungjawab sahaja. Sebab itu, ada pasangan yang bercerai walaupun sudah berpuluh tahun kahwin.

Sebab mereka sudah melepasi fasa komitmen ini.

5. Bliss (Pengakhiran Bahagia).

Fasa ini merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yang bahagia. Pasangan yang berjaya sampai ke fasa ini adalah termasuk di dalam golongan yang mencapai kebahagiaan – di mana mereka ingin hidup bersama walaupun tanpa apa-apa sebab.


Nasihat Penting Buat Pasangan Suami Isteri & Bakal Pengantin

Farhana dalam masa yang sama turut memberikan beberapa nasihat untuk dirinya sendiri serta rakan-rakan iaitu, “Yang baru berkahwin, anda baru berada di fasa pertama. Enjoy the moment. But at the same time, jangan disangkakan perkahwinan ini manis sahaja.

“Saya sama sekali tidak judge, urusan takdir, jodoh, ajal, maut semua ini urusan Allah SWT. Tidaklah saya mengadili mereka yang berpisah dengan pasangan, sebab tak dapat nak ‘cope’ dengan Power Struggle.

“Kerana faktor perpisahan itu banyak sebabnya. Terlalu banyak. Allah SWT knows best. Kita ini manusia biasa sahaja yang banyak sangat jahilnya. Banyak tak faham rahsia Allah SWT,” jelasnya.

Dia turut menambah bahawa, “Jodoh ini rahsia Allah SWT. Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang mencari jodoh, dipermudahkan urusan. Dipertemukan jodoh yang baik baik. Lebih baik berkahwin lambat, berhati hati, daripada tergesa-gesa dan terpilih orang yang salah. Moga dijauhkan. Nauzubillah.”

Untuk anda yang ingin menonton video penuh tentang topik Fasa Perkahwinan ini, boleh klik video di bawah:

Semoga ilmu perkahwinan ini memberikan manfaat buat kita semua.


Untuk rekod, pada tahun 2022, 34% individu berumur 15 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin, meningkat daripada 23% pada tahun 1950.

Anggaran umur median untuk berkahwin pada tahun 2022 buat kali pertama ialah 30.1 untuk lelaki dan 28.2 untuk wanita, meningkat daripada umur 23.7 dan 20.5 , masing-masing, pada tahun 1947.

Jumlah perkahwinan meningkat kepada 15.4% daripada 186,297 (2020) kepada 214,943 (2021). Sementara itu, jumlah perceraian menurun 7.1% daripada 47,272 (2020) kepada 43,934 (2021).

Untuk mengetahui pecahan penuh dan lengkap mengikut negeri di Malaysia, boleh KLIK SINI.


BACA SINI: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?

BACA JUGA: Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd