Now Reading
Apa ‘Plan B’ Korang Kalau Pegang Status Bujang Selamanya?

Apa ‘Plan B’ Korang Kalau Pegang Status Bujang Selamanya?

Bujang tak semestinya anda seorang yang lemah dan kekurangan.

bujang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, pernah ada isu di mana topik yang diperbahaskan oleh orang ramai di media sosial adalah tentang betapa sukarnya millennials untuk mencari jodoh.

BACA SINI: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?

Perkahwinan bukanlah titik terakhir kehidupan seseorang. Malah, ia merupakan titik permulaan. Tambahan pula, jodoh merupakan cerminan seseorang itu. Sebab itulah wujudnya frasa ‘Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.”

Gambar sekadar hiasan.

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum menikah. Antaranya ilmu perkahwinan, komitmen, cahaya mata, konsep kekeluargaan, cara mengatasi konflik atau pertengkaran, dan sebagainya.


Kalau Ditakdirkan ‘Single’ Selamanya, Apa Korang Teringin Nak Buat?

Seorang pengguna Twitter @wanmafiq telah membuka topik bertajuk ‘What’s your plan B if nobody marries you?’ dan ternyata persoalan yang dilontarkan itu meraih pelbagai reaksi dan jawapan daripada orang ramai.

Ada juga yang menjawab bahawa perkahwinan sebaliknya adalah plan B mereka dan bukannya plan A.

Sumber: Twitter

Reaksi Positif Orang Ramai Tentang Status ‘Bujang’

Topik seperti ini tidak dinafikan begitu menarik untuk dibincangkan oleh setiap individu. Pelbagai jawapan akan diterima, malah majoriti memberi reaksi positif dan menganggap bahawa ada hikmah di sebalik perjalanan hidup sebagai seorang yang berstatus bujang.

Ramai juga berkata mereka ingin menjadi sukarelawan.

Mungkin bukan rezeki dari segi perkahwinan, tetapi rezeki berbentuk lain.

Sumber: Twitter

Ada juga yang mempunyai perancangan ingin menambah ‘anak bulus’ di rumah memandangkan belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Bukan itu sahaja, melancong di serata dunia juga menjadi salah satu impian segelintir orang jika masih belum berkahwin.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Menunaikan ibadah umrah menjadi impian ramai orang di dunia ini. Jikalau tiada rezeki untuk berumahtangga, duit yang dikumpul selama bekerja bolehlah dijadikan untuk menampung kos umrah pertama, kedua, dan selebihnya.

Lebih afdal jika dapat belanja ibu ayah untuk ke Kota Suci Mekah.

Sumber: Twitter

Kesimpulannya, banyak perkara bermanfaat lain yang boleh dilakukan sekiranya jodoh di dunia ini ‘lambat’ sampai. Doa dan iktihar juga perlu, jangan duduk goyang kaki sahaja tunggu jodoh jatuh dari langit, ya.

BACA JUGA: Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!


Statistik Perkahwinan Di Malaysia

Setakat 25 November 2022.

Pada tahun 2022, 34% individu berumur 15 tahun ke atas tidak pernah berkahwin, meningkat daripada 23% pada tahun 1950.

Anggaran umur median untuk berkahwin pada tahun 2022 buat kali pertama ialah 30.1 untuk lelaki dan 28.2 untuk wanita, meningkat daripada umur 23.7 dan 20.5 , masing-masing, pada tahun 1947.

Untuk rekod, jumlah perkahwinan meningkat kepada 15.4% daripada 186,297 (2020) kepada 214,943 (2021). Sementara itu, jumlah perceraian menurun 7.1% daripada 47,272 (2020) kepada 43,934 (2021).

Dan, bulan Disember merupakan bulan paling ‘laris’ untuk berkahwin.

Sumber: Department of Statistics Malaysia Official Portal.

Untuk mengetahui pecahan penuh dan lengkap mengikut negeri di Malaysia, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd