Kenapa Penting Untuk Bakal Suami Dengar Khutbah Soal Nikah? Ini Sebabnya
Antara perkara yang ditekankan dalam khutbah bagi membentuk suami yang baik adalah dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab dari segi zahir dan batin.


Bergelar suami isteri ini adalah satu komitmen yang sangat besar untuk membina sebuah keluarga selepas selesai diijabkabulkan secara sah.
Nak membina rumahtangga yang sihat, bukan sahaja memerlukan rasa sayang antara satu sama lain. Malah, sikap bertoleransi, bertolak ansur, taat, bertanggungjawab dan sebagainya juga penting untuk dimiliki dalam diri setiap pasangan.
Tiada manusia yang sempurna tetapi dengan perbezaan yang wujud dalam diri setiap pasangan suami isteri itulah yang saling melengkapkan.
Perkara Penting Yang Perlu Ditekankan Oleh Suami Isteri Untuk Mengukuhkan Rumahtangga
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@edwinmasripan), lelaki ini berkongsi perkara yang perlu dilakukan oleh suami isteri dalam rumahtangga berdasarkan khutbah ringkas yang disampaikan sebelum akad nikah.
Nasihat Untuk Para Suami
Antara perkara yang ditekankan dalam khutbah bagi membentuk suami yang baik adalah dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab dari segi zahir dan batin.
Tanggungjawab dari segi zahir adalah perkara yang boleh dipegang dan dilihat seperti:
- Tempat tinggal
- Duit
- Mengemas rumah
- Makan dan minum
- Keselamatan
- Pakaian
Tanggungjawab dari segi batin pula agak sukar dilaksanakan kerana tidak dapat dilihat secara jelas. Tanggungjawab batin dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Mental
- Memberi sokongan untuk mempelajari sesuatu perkara baharu, membaca dan mencari ilmu baharu.
- Emosi
- Menjadi pendengar apabila isteri mengalami masalah dan memberi sokongan mental kepada ketika isteri sedang serabut.
- Spiritual
- Memberi ajaran berkaitan agama.
Nasihat Untuk Para Isteri
Sebagai seorang isteri pula, anda juga perlu mengamalkan sikap taat pada suami selagi tidak bercanggah dari segi agama.
Isteri yang baik adalah isteri yang menjaga aib suami, mengelakkan dari melakukan perkara yang tidak digemari oleh suami dan mengahormati mereka.
Bila sebut pasal tugas suami, wanita bersorak, nak masuk Khutbah utk Isteri pula ke?
— Edwin – Growth Strategist (@edwinmasripan) April 29, 2023
Point utk isteri simple gile
(Thread) https://t.co/V6NblAMJto
Apabila suami bersikap bertanggungjawab dan isteri seorang yang taat, maka akan mudahlah pasangan ini untuk membina keluarga yang bahagia.
Bagi mengukuhkan lagi hubungan antara suami dan isteri, jadilah individu yang berguna untuk satu sama lain.
Ulanglah perkara yang sama iaitu isteri yang taat dan suami yang bertangungjawab. In Shaa Allah segalanya dipermudahkan.
Kepada mereka yang baru sahaja bergelar suami isteri, good luck!
BACA JUGA: Pertama Kali Beraya Rumah Mentua? Ini Tips Untuk Bantu Para Suami
BACA JUGA: Ini 5 Tips Untuk Isteri Yang Pertama Kali Sambut Aidilfitri Dengan Keluarga Mentua
BACA JUGA: Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.