Now Reading
“Saya Tak Pernah Daftar!” – KJ Terkejut Akaun PADU Miliknya Wujud Tanpa Diketahui

“Saya Tak Pernah Daftar!” – KJ Terkejut Akaun PADU Miliknya Wujud Tanpa Diketahui

Difahamkan, seorang lelaki telah bertindak mendaftar PADU dengan menggunakan number MyKad milik Khairy Jamaluddin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ditutup pada 31 Mac ini.

Maka tidak hairanlah sekiranya ketika ini ramai yang sudah mula mendaftar dan mengisi maklumat peribadi di PADU.

Baca Artikel Berkaitan: “Sesal Kemudian Tidak Berguna” – Rafizi Seru Orang Ramai Isi PADU Sebelum Pendaftaran Ditutup [Video]

Akaun PADU KJ sudah didaftar oleh individu lain

Pun begitu, lain pula nasib yang menimpa bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau yang ingin mendaftar PADU mendapati akaun miliknya telahpun didaftar.

Menerusi perkongsian Instagram reels (IG reels) di akaun miliknya, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ menyatakan bahawa dia tidak pernah mendaftar PADU sebelum ini.

“Akhirnya saya ada masa untuk daftar PADU hari ini (28 Mac). Baru nak daftar, dah kecundang. Saya tak pernah mendaftarnya sebelum ini,” tulis KJ.

Kenyataan KJ kemudiannya tular di media sosial hingga menarik perhatian banyak pihak.

Number IC digunakan untuk daftar, PADU dengan pantas bantu selesaikan isu

Tidak lama selepas itu, KJ tampil menerusi satu lagi hantaran berkata, pihak PADU telahpun menyelesaikan isu berkenaan dengan menetapkan semula (reset) kelayakan log masuk kad pengenalan (IC) KJ.

Difahamkan, seorang lelaki telah bertindak mendaftar PADU dengan menggunakan number MyKad milik KJ.

KJ tak senang, maklumat lelaki berkenaan turut disebarkan di media sosial

Bagaimanapun KJ menzahirkan perasaan kurang senangnya apabila maklumat diri lelaki berkenaan turut disebarkan secara dalam talian.

Jelasnya, menularkan identiti individu terbabit di media sosial hanya akan menyebabkan lebih ramai orang ragu-ragu dengan keselamatan sistem PADU.

“Apa-apa pun, sekarang saya telah mendaftar (PADU) dan menghantar e-KYC (electronic Know Your Customer),” tulisnya lagi.

Lelaki terbabit dapat maklumat KJ bukan menerusi PADU

Menerusi ciapan di akaun X @lady_bugg11, seorang influencer wanita mendakwa lelaki terbabit mendapat maklumat MyKad KJ dari sumber lain dan bukannya menerusi PADU.

Menurutnya lagi, selain bekas pemuda UMNO itu, terdapat dua lagi ahli politik turut didaftarkan PADU oleh individu berkenaan dengan menggunakan number telefon sama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd