Now Reading
KJ Sambung Kontrak Jadi DJ Hot FM Segmen Bekpes Hot Hingga Disember Ini

KJ Sambung Kontrak Jadi DJ Hot FM Segmen Bekpes Hot Hingga Disember Ini

Dalam kontrak terbaharu ini, Khairy Jamaluddin atau KJ akan memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM untuk segmen Bekpes Hot selama dua jam bermula dari 7:00 pagi sehingga 9:00 pagi.

KJ Sambung Kontrak Jadi DJ Hot FM Hingga Bulan Disember Ini. Ramai 'Fans' Rupanya! (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tidak lama selepas digugurkan dari parti politik UMNO, Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ ditawarkan peluang untuk menjadi penyampai radio.

Pengurusan Media Prima Audio (MPA) menawarkan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM untuk segmen Bekpes Hot bermula jam 6:00 pagi sehingga 10:00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat.

Kemunculan pertama KJ dalam segmen itu bersama rakan penyampai yang lain iaitu AG, Johan dan Fara Fauzana mendapat reaksi positif dari orang ramai sehingga merekodkan peningkatan sebanyak 75% pendengar dalam tempoh satu jam menerusi siaran langsung digital platform mereka.

BACA JUGA: KJ Sah Jadi Penyampai Radio Hot FM Mulai 15 Februari Ini!

Sumber: Hot FM

Khairy Jamaluddin Sambung Kontrak Sebagai Penyampai Radio Hot FM Untuk Segmen Bekpes Hot

Selepas tiga bulan menjalankan tugas sebagai penyampai radio untuk segmen Bekpes Hot sejak Februari lalu, Khairy menyampaikan satu berita baik kepada pendengar setia Hot FM.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+ Shah Hayatudin memaklumkan kontrak KJ sebagai penyampai radio akan dilanjutkan sehingga bulan Disember tahun ini.

Tempoh KJ berada di dalam konti juga akan dipanjangkan daripada tempoh satu jam kepada dua jam pada setiap hari Isnin.

Sebelum ini, tugas KJ bermula jam 8:00 pagi. Tetapi bermula pada hari Isnin lalu, jadualnya dipercepatkan iaitu antara jam 7:00 hingga 9:00 pagi. Walau bagaimanapun, tidak semestinya KJ akan bertugas pada Isnin sahaja. Jika ada program khas memerlukan khidmatnya, KJ akan muncul.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin.
Sumber: Berita Harian

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA) Nazri Noran menjelaskan kemunculan KJ di Hot FM telah memberi impak yang cukup besar kepada stesen radio tersebut.

Sejak KJ menyertai Hot FM pada Februari lalu, impaknya sangat ketara. Apabila beliau tidak ke udara, ramai pendengar mula tanya-tanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA) Nazri Noran.

KJ Ucap Terima Kasih Kepada Pengurusan Hot FM Atas Tawaran Sambungan Kontrak Penyampai Radio

Mengulas lanjut tentang sambungan kontrak beliau sebagai penyampai radio di Hot FM, KJ mengucapkan terima kasih kepada pengurusan stesen radio berkenaan, MPA dan rakan penyampai atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, KJ berharap Hot FM akan sentiasa menjadi stesen radio pilihan seluruh rakyat Malaysia.

Memandangkan saya diterima dengan baik, jadi kami sama-sama bersetuju melanjutkan peranan serta penyertaan saya di slot Bekpes Hot hingga hujung tahun ini.

Penyampai Radio Hot FM Segmen Bekpes Hot, Khairy Jamaluddin.

Selain bergelar penyampai radio, Khairy turut terlibat dalam penghasilan podcast ‘Keluar Sekejap‘ bersama seorang lagi bekas ahli politik UMNO iaitu Shahril Hamdan.

Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Sejak akaun YouTube Keluar Sekejap dilancarkan pada Februari lalu sehingga kini, mereka telah mempunyai 29,200 pengikut dengan pelbagai topik menarik yang dibincangkan.

BACA JUGA: KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd