Now Reading
“Saya Tak Rindu Jadi Menteri” – KJ Teringin Jadi Pelakon, Ingin Tahu Karakter Yang Sesuai

“Saya Tak Rindu Jadi Menteri” – KJ Teringin Jadi Pelakon, Ingin Tahu Karakter Yang Sesuai

Ramai netizen memberi beberapa cadangan tentang watak yang sesuai untuk dilakonkan oleh Khairy Jamaluddin seperti askar pencen dan polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas dikeluarkan daripada parti politik UMNO pada 28 Januari lalu, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat perlahan-lahan meninggalkan ‘dunia politik’.

Tidak lama selepas itu, beliau yang yang lebih mesra dikenali sebagai KJ telah ditawarkan jawatan sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bagi segmen Bekpes Hot bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.

Segmen Bekpes Hot di Hot FM itu ke udara bermula jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat.

Artikel Berkaitan: KJ Sah Jadi Penyampai Radio Hot FM Mulai 15 Februari Ini!


KJ Pernah Bercita-cita Mahu Jadi Pelakon

Menerusi segmen ‘Sembang Santai’ yang dimuat naik oleh seorang TikToker dikenali sebagai Mekyun, KJ telah dijemput sebagai tetamu undangan dan ditanyakan beberapa soalan terkumpul dari pengikutnya.

Antara soalan yang ditanya adalah sama ada KJ lebih ‘enjoy’ menjadi penyampai radio atau menteri. Jawapan yang diberikan oleh KJ menarik juga ya.

Sebab saya dah keluar sekejap daripada politik, saya rasa seronok juga jadi penyampai radio dan saya tak berapa rindu nak jadi menteri.

Khairy Jamaluddin.
Sumber: TikTok @mekyun

Soalan seterusnya yang ditanya adalah tentang cita-cita KJ jika beliau tidak bergelar menteri.

Tidak sangka ya beliau pernah memasang impian untuk menjadi seorang pelakon. Siap minta cadangan watak yang sesuai buatnya.


Ramai Netizen Bagi Cadangan Karakter Pelakon Yang Sesuai Untuk KJ

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terkejut mendengar jawapan KJ. Boleh tahan banyak juga cadangan watak yang diberikan oleh netizen.

Antaranya askar pencen, polis atau menteri yang melawat kampung.

Pada masa sama, netizen juga memuji Mekyun yang pandai berkomunikasi dengan KJ dan berharap dapat menjemput lebih ramai tetamu undangan yang lain.

Selain bergelar penyampai radio di Hot FM, KJ juga melancarkan podcast bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan yang diberi nama ‘Keluar Sekejap‘ dan dimuat naik di laman YouTube.

Antara topik yang dibincangkan di dalam podcast tersebut tentang ‘Pencapaian 100 Hari Madani’ yang dijanjikan oleh Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan: KJ Sambung Kontrak Jadi DJ Hot FM Segmen Bekpes Hot Hingga Disember Ini

Artikel Berkaitan: KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube

Sumber: TikTok Mekyun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd