Now Reading
KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube

KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube

Episod pertama siaran podcast Khairy Jamaludin dan Shahril Hamdan adalah berkaitan Pencapaian 100 Hari Madani’.

KJ-Shahril-Hamdan-Lancar-Episod-Pertama-Podcast-Keluar-Sekejap-Di-YouTube-4

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 28 Januari lalu, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan telah dikeluarkan daripada parti politik UMNO.

Tindakan itu didakwa dilakukan berikutan beberapa pelanggaran disiplin sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

BACA JUGA: KJ Dipecat, Hishammuddin Hussein & Shahril Hamdan Digantung UMNO

Tidak lama selepas itu, KJ telah ditawarkan jawatan sebagai Penyampai Radio di stesen Hot FM bagi segmen Bekpes Hot bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.

Segmen Bekpes Hot di Hot FM itu ke udara bermula jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat.

BACA JUGA: KJ Sah Jadi Penyampai Radio Hot FM Mulai 15 Februari Ini!

KJ-Shahril-Hamdan-Lancar-Episod-Pertama-Podcast-Keluar-Sekejap-Di-YouTube-4
Sumber: Hot FM

Podcast ‘Keluar Sekejap’ Oleh KJ Dan Shahril Lancar Episod Pertama Di YouTube

Selain itu, KJ dan Shahril Hamdan juga melancarkan podcast mereka sendiri yang diberi nama ‘Keluar Sekejap‘ dan dimuat naik di laman YouTube.

Walaupun baru akaun YouTube Keluar Sekejap itu baru sahaja dicipta tetapi ia sudah mempunyai 542 pengikut.

Episod pertama podcast tersebut juga baru sahaja dilancarkan pada jam 3:00 petang hari ini (7 Mac) dan sudah meraih 1,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Siaran pertama podcast ini membincangkan tentang topik ‘Pencapaian 100 Hari Madani’ berdurasi selama 40:58 minit.

KJ-Shahril-Hamdan-Lancar-Episod-Pertama-Podcast-Keluar-Sekejap-Di-YouTube-2
Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Sebelum memulakan perbincangan, KJ menjelaskan bahawa konsep 100 hari ini dimulakan di Amerika Syarikat pada tahun 1933 di bawah pemerintahan Presiden Franklin Delano Roosevelt.

Pada waktu itu, Presiden Franklin Delano Roosevelt mempunyai cabaran yang besar dalam memulihkan negara selepas menempuhi tempoh Great Depression. Dari situ, Roosevelt digunakan sebagai penanda aras kepada setiap kerajaan baharu di seluruh dunia.

Khairy Jamaluddin.

Tambah beliau, tempoh 100 hari itu ibarat kad laporan bagi sesebuah pemerintahan yang baru sahaja diberi mandat untuk mentadbir negara.

Malah, konsep 100 hari ini juga dipercayai dimulakan semasa pemerintahan di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau juga dikenali sebagai Pak Lah.

KJ-Shahril-Hamdan-Lancar-Episod-Pertama-Podcast-Keluar-Sekejap-Di-YouTube-2
Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Dalam pada itu, KJ juga memberi pendapat bahawa konsep 100 hari ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

100 hari pertama ini penting dan tidak penting. Bagi saya ia tidak penting kerana konsistensi lebih penting daripada permulaan. Boleh jadi ia hangat-hangat tahi ayam tetapi tidak konsisten. Tetapi bagi saya ia penting juga kerana menjadi ‘first impression’ tentang mutu dan gaya kerja sesebuah kerajaan.

Khairy Jamaluddin.

Podcast ‘Keluar Sekejap’ ini akan dibuat setiap minggu dan bakal bersiaran selama setengah jam untuk tontonan orang ramai.


Podcast ‘Keluar Sekejap’ Dapat Sambutan Orang Ramai

Di ruangan komen podcast tersebut di laman YouTube, ramai yang memuji perbincangan KJ dan Shahril Hamdan yang dilihat tidak mewujudkan sebarang provokasi politik terhadap mana-mana parti politik.

Segelintir netizen juga tampil memberi pendapat mereka tentang isu yang dibincangkan berkaitan pencapaian kerajaan dalam tempoh 100 hari.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang apa yang dibincangkan oleh KJ dan Shahril, boleh tonton video podcast ‘Keluar Sekejap’ mereka di bawah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd