Now Reading
Hujan Berterusan & Ribut Petir Diramal Hingga Jumaat, 11 Mac. Ini Antara Lokasi Terlibat

Hujan Berterusan & Ribut Petir Diramal Hingga Jumaat, 11 Mac. Ini Antara Lokasi Terlibat

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengamalkan hujan berterusan diikuti ribut petir di beberapa kawasan terutamanya sekitar Lembah Klang sehingga Jumaat (11 Mac).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa sejak beberapa hari kebelakangan ini, sebahagian daripada kawasan di ibu kota telah dilanda banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

BACA SINI: [Video] Bangunan Pejabat Di Menara KLCC Dimasuki Air Akibat Banjir Kilat

Oleh itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, selain Sarawak serta Sabah sehingga Jumaat (11 Mac).


Rabu, 9 Mac.

Hujan berterusan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat), manakala beberapa kawasan di Terengganu, Pahang serta pedalaman Tawau dan Labuan akan menerima hujan pada sebelah pagi.

Di sebelah petang, ribut petir diramal di kebanyakan kawasan di Putrajaya, selain beberapa kawasan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan beberapa tempat di pedalaman Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, ribut petir di satu dua kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal pada petang.

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka di satu dua kawasan di Kedah, Pulau Pinang serta di pedalaman Pahang, selain hujan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Samarahan, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Limbang dan di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor serta Negeri Sembilan.


Khamis, 10 Mac.

Esok (10 Mac), ribut petir dijangka di sesetengah kawasan di Perak serta hujan di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Kuching, Serian dan Samarahan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir di kebanyakan kawasan Putrajaya, di beberapa kawasan Kuala Lumpur, di satu dua kawasan Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan satu dua kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang.

Pada sebelah malam pula, hujan di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang serta pedalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, selain ribut petir beberapa kawasan pedalaman Pahang.


Jumaat, 11 Mac.

METMalaysia juga menjangkakan hujan di sesetengah kawasan di Melaka dan di satu dua kawasan Selangor, Negeri Sembilan serta Johor pada sebelah pagi Jumaat (11 Mac).

Pada sebelah petang, ribut dijangka di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan di satu dua kawasan pedalaman Perak.

Hujan juga dijangka di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu serta Miri dan di kawasan pedalaman Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor pada sebelah malam.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd