Now Reading
[Video] Bangunan Pejabat Di Menara KLCC Dimasuki Air Akibat Banjir Kilat

[Video] Bangunan Pejabat Di Menara KLCC Dimasuki Air Akibat Banjir Kilat

Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) KL melaporkan sebanyak sembilan lokasi berasingan di seluruh bandar Kuala Lumpur mengalami banjir kilat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nampaknya banjir kilat di Kuala Lumpur pada hari Isnin (7 Mac) telah membanjiri salah satu mercu tanda paling ikonik di Malaysia.

BACA LANJUT: Beberapa Jalan di KL Banjir Akibat Hujan Lebat. Terowong SMART Juga Ditutup

Netizen mendakwa bahawa bangunan pejabat Menara Petronas 3 yang terletak di dalam menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) telah dinaiki air.

Gambar dan video yang dikongsi oleh pengguna media sosial menunjukkan beberapa bahagian bangunan itu dimasuki air dan dikatakan agak teruk.

Dalam satu video, beberapa pekerja dilihat cuba membersihkan air setinggi buku lali yang telah berjaya memasuki lobi bangunan.

Ini belum dikira kereta-kereta yang parkir di bawah bangunan tersebut. Apalah nasib mereka.

Sementara itu, satu lagi video menunjukkan salah satu lif di dalam bangunan itu telah dilimpahi air bak air terjun. Nampak macam bocor pun ada.

Netizen turut melaporkan kawasan lain berhampiran menara KLCC, seperti Hotel Impiana di Jalan Pinang, turut dinaiki air.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) KL, sebanyak sembilan lokasi berasingan di seluruh bandar itu mengalami banjir kilat semasa hujan lebat semalam (7 Mac).

BACA JUGA: Bencana Banjir: Ini Cara Dapatkan RM1,000 Untuk Baiki Kenderaan Rosak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd