Now Reading
Perodua Akhirnya Setuju Beli Semula Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh

Perodua Akhirnya Setuju Beli Semula Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh

Menurut Nagakanni, dia juga tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan kereta Perodua Bezza tersebut selain bayaran terdahulu yang sudah dilakukannya akan dipulangkan semula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemilik Perodua Bezza yang rosak tidak sampai 8 jam dibeli, Nagakanni Subramaniam kini boleh menarik nafas lega apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh.

Nagakanni menerusi satu hantaran di Facebook berkata, keputusan itu sekaligus membuatkan dia tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan kereta tersebut selain bayaran terdahulu yang sudah dilakukannya akan dipulangkan semula.

Ditawar beli kereta kedua dengan kadar pinjaman yang sama

Syarikat pengeluar kenderaan itu turut menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama.

Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat semula pemulangan wang. Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ini dan beli kereta lain.

Pemilik Perodua Bezza tular, Nagakanni Subramaniam

Perlu buat keputusan dalam tujuh hari

Menurut Nagakanni lagi, dia kini perlu membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dalam tujuh hari.

“Terima kasih Perodua atas keputusan ini. Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.”

Terdahulu Nagakanni yang juga seorang kerani meluahkan rasa bingung dan kecewa apabila kereta Bezza yang baru dibelinya pada 17 Oktober hanya sempat digunakan selama 8 jalan sebelum mengalami kerosakan.

Hasil siasatan awal pusat servis mendapati enjin kereta berkenaan rosak disebabkan benda asing seperti gula yang terdapat dalam enjin kenderaan itu

Lebih mengecewakan apabila dia terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537 selama beberapa bulan walhal keretanya masih tersadai dan rosak.

Ketua Pegawai Operasi Perodua, JH Rozman Jaafar kemudiannya tampil memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil beberapa langkah antaranya menawarkan kereta sementara selain menawarkan pilihan untuk membeli semula unit berkenaan.

Namun Nagakanni membalas kenyataan tersebut dan mendakwa terdapat beberapa kesalahan fakta yang mana dia tidak menerima sebarang hitam putih dari syarikat tersebut berhubung penawaran tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Kecewa Baru Dapat Kereta 8 Jam Dah Rosak, Pusat Servis Dakwa Ada Gula Di Enjin Jadi Punca

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kereta Baharu Rosak Selepas 8 Jam, Pemilik Bezza Balas Kenyataan Perodua – “Mana Hitam Putih, Hingga Hari Ini Tiada”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd