Now Reading
Pelanggan Bengang Kena Caj Ekstra RM6 Gara-gara ‘Order’ Air Tanpa Ais & Gula Di Kedai Makan

Pelanggan Bengang Kena Caj Ekstra RM6 Gara-gara ‘Order’ Air Tanpa Ais & Gula Di Kedai Makan

Kedai makan berkenaan mengenakan caj tambahan sebanyak RM3 untuk minuman tanpa ais dan RM3 lagi jika tidak mahu diletakkan gula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang sedang dalam proses untuk menjaga kesihatan tubuh badan, mungkin pengambilan minuman yang manis akan cuba dielakkan sedaya upaya.

Jadi tidak peliklah sekiranya ada sesetengah pelanggan yang memesan minuman di kedai makan dengan meminta agar jumlah gula dikurangkan.

Sebagai contoh, ada yang memesan minuman seperti teh tarik kurang manis atau kopi tanpa gula.


Pelanggan Kena Caj Tambahan Lepas Minta Air Tanpa Gula Dan Ais

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pelanggan ini apabila dia membuat pesanan di sebuah kedai makan agar minumannya tidak diletakkan gula dan ais.

Dalam sekeping gambar resit yang dimuat naik dalam hantaran Facebook (Chee Chong Chin) pada 15 Mac lalu, difahamkan caj RM3 dikenakan kepada pelanggan terbabit bagi setiap minuman yang diminta tanpa gula dan RM3 lagi jika tiada ais.

Secara keseluruhannya, pelanggan itu diminta untuk membayar RM6 bagi caj tambahan.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan pelanggan tersebut meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh peniaga berkenaan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, nama dan lokasi tidak didedahkan oleh pelanggan terbabit.


Netizen Pun Pelik Dengan Perkara Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut mempersoalkan perkara yang berlaku kerana merasakan tindakan peniaga itu seperti tidak sepatutnya terjadi.

Secara logiknya, permintaan pelanggan untuk mengurangkan gula akan menguntungkan peniaga kerana tiada modal gula di situ.

“Kalau nak kurangkan ais untuk jimatkan duit, itu boleh difahami sebab berat buah akan lebih banyak. Tapi kenapa pula nak kena tambah kos kalau minta kurangkan manis?” tanya netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa jumlah keseluruhan untuk satu minuman itu terlalu mahal dan hampir sama dengan harga minuman berjenama yang terkenal di pasaran.

Netizen turut berseloroh bahawa kos tambahan itu disebabkan peniaga berasa ‘ tersakiti’ kerana perlu mengubah resepi minuman mengikut kehendak pelanggan.

Sumber: Facebook

Pelanggan Boleh Buat Aduan Jika Berlaku Perkara Seperti Ini

Sebagai pelanggan, anda berhak untuk mempersoal peniaga sekiranya terdapat perkara yang tidak selari dengan harga yang ditetapkan, terutamanya jika ia melibatkan peningkatan kos.

Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dengan cara seperti berikut:

  1. Layari laman web eAduan KPDN.
  2. Klik pada ‘Aduan Kepenggunaan’.
  3. Jika anda tiada akaun, perlu daftar terlebih dahulu.
  4. Pilih ‘Aduan Kepenggunaan’.
  5. Klik ‘Aduan Baru’.
  6. Isi maklumat aduan dengan maklumat seperti berikut:
  7. Siap!

Selain dari membuat aduan di portal eAduan, anda juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

  • Portal e-Aduan
  • Talian hotline 1-800-88-6800
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
  • E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
  • Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
  • WhatsApp KPDN: 019-279 4317
Sumber: TRP

Antara aduan yang anda boleh buat adalah berkaitan:

  1. Penipuan Perkhidmatan
  2. Penipuan Harga
  3. Penipuan Transaksi Internet
  4. Jualan Bahan Petroleum
  5. Tiada Tanda Harga
  6. Bengkel Kenderaan Bermotor
  7. Penipuan Gores Dan Menang
  8. Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  9. Penyelewengan Jualan Lansung

Untuk aduan berkaitan syarikat telekomunikasi boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan klik [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Harga Bayar Tidak Sama Dengan Yang Dipamerkan? Lakukan Aduan Menerusi ezAdu KPDN

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Aduan Ada Tikus Diabaikan Oleh Pekerja

Baca Artikel Berkaitan: Beli Baju Raya Online Tapi Lambat Sampai Atau Rosak? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd