Now Reading
Pelanggan Kecewa Aduan Ada Tikus Diabaikan Oleh Pekerja

Pelanggan Kecewa Aduan Ada Tikus Diabaikan Oleh Pekerja

Pelanggan buat aduan ternampak dua ekor tikus di lantai dapur tetapi pekerja hanya buat tak tahu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, banyak isu melibatkan kedai makan kan? Antaranya kedai makan yang menjual menu siakap dan roti canai di Pulau Langkawi serta restoran nasi kandar di Pulau Pinang.

BACA JUGA: Pelanggan Minta Maaf Tularkan Isu Sotong Goreng Tanpa Penjelasan Sebenar

Boleh dikatakan segelintir restoran mendapat kritikan daripada pelanggan kerana harga yang diberikan terlalu mahal dan tidak setanding dengan kuantiti yang dipesan.

Tak kisahlah kedai biasa atau restoran mewah, yang penting kebersihan premis terjaga. Tak berselera juga nak makan kalau premis agak kotor. Betul tak?

Pekerja abaikan aduan pelanggan ternampak tikus

Baru-baru ini, timbul lagi isu melibatkan sebuah kedai makan di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur kerana didakwa premisnya yang tidak bersih.

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @Azwinshafinaz, dia berkongsi satu gambar IG Story seorang pelanggan di sebuah kedai makan terkenal.

Apa yang mengejutkan adalah apabila gambar tersebut jelas menunjukkan dua ekor tikus sedang berkeliaran di lantai dapur.

Pelanggan tersebut telah pun membuat aduan kepada pekerja kedai berkenaan apabila terlihat dua ekor tikus itu. Namun, tidak diendahkan oleh mereka.

Jangan kata nak halau, beberapa orang pekerja itu hanya merenung dan mengelakkannya sahaja.

Selepas tiada tindakan yang diambil untuk mengeluarkan tikus itu, pelanggan berkenaa meluahkan rasa kecewa dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati.

Kredit: Twitter @Azwinshafinaz
Kredit: Twitter @Azwinshafinaz

Netizen minta pelanggan terus buat aduan kepada pejabat kesihatan

Hasil tinjauan kami mendapati kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di kedai makan. Sebelum ini beberapa orang pelanggan juga pernah berhadapan perkara yang sama.

Kredit: Twitter @Azwinshafinaz
Kredit: Twitter @Azwinshafinaz

Ada juga yang berpendapat supaya pihak pusat beli-belah tersebut boleh melantik lebih ramai pegawai kesihatan untuk meneliti kebersihan setiap premis.

Kredit: Twitter @Azwinshafinaz

Pada masa yang sama, beberapa netizen meminta pelanggan itu untuk membuat aduan terus kepada pejabat kesihatan.

Kredit: Twitter @Azwinshafinaz

Bab kebersihan premis makanan memang kena jaga betul-betul. Risau kalau jika boleh menyebabkan penyakit dan mengganggu kesihatan pelanggan.

Pelanggan yang datang pula bukan sedikit, ramai selalunya.

Jadi, harapnya premis makanan selepas ini lebih mengutamakan kebersihan dan keselamatan pelanggan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd