Now Reading
Chatime Di Hospital Thomson Ambil Golongan Autisme Jadi Pekerja Dipuji Ramai

Chatime Di Hospital Thomson Ambil Golongan Autisme Jadi Pekerja Dipuji Ramai

Pengusaha Chatime di Thomson Hospital Kota Damansara ini merupakan seorang doktor dan ibu kepada dua orang anak autisme.

Chatime Di Hospital Thompson Ambil Golongan Autisme Jadi Pekerja, Ramai Puji Terharu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penyakit autisme adalah berkaitan perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk belajar, berkomunikasi serta berinteraksi secara sosial dalam kehidupan seharian. Hari Kesedaran Autisme Sedunia turut disambut oleh orang ramai pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit ini.

Meskipun golongan austisme mempunyai beberapa kelemahan, tetapi sesetengah daripada mereka juga dikurniakan kelebihan yang jarang dimiliki oleh individu biasa.

Chatime latih individu autisme sebagai pekerja

Baru-baru ini, seorang personaliti media sosial dikenali sebagai Ceddy berkongsi pengalamannya ketika berada di salah satu cawangan kedai minuman Chatime terletak Thomson Hospital Kota Damansara.

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Twitter miliknya (@CeddyOrNot), Ceddy menceritakan bahawa dia sangat kagum dengan kecekapan pekerja autistik membuat pesanan minumannya dengan penuh cermat.

Untuk pengetahuan anda, cawangan Chatime yang dibuka oleh seorang doktor wanita dikenali sebagai Dr Wan di hospital berkenaan telah melatih dan mengambil golongan autisme sebagai pekerja mereka.

Dr Wan beritahu saya apabila anda memberi peluang pekerjaan kepada individu autisme, mereka akan buat yang terbaik. Resepi semua dia ikut serta akan pastikan jumlahnya betul dan menepati masa. Tetapi agak menyedihkan adalah masyarakat sering menyalah erti golongan ini.

Personaliti media sosial, Ceddy.

Ceddy juga menceritakan apabila Dr Wan pernah diberikan kata-kata kurang meyakinkan daripada sebuah syarikat teh boba dengan berpendapat bahawa perniagaannya tidak akan berjaya jika mengambil golongan autistik sebagai pekerja.

Pada masa sama, Dr Wan turut memiliki dua orang anak autisme. Jadi dengan inisiatif dilakukan di cawangan Chatime ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme kepada orang ramai.

Orang ramai pun puji bila jumpa pekerja autisme

Ciapan dimuat naik oleh Ceddy di Twitter itu sememangnya mendapat respon positif daripada orang ramai.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika berkomunikasi dengan pekerja autistik di beberapa kedai makan. Katanya layanan dan cara mereka bekerja memang sangat tip-top!

Golongan autisme berhak untuk mendapat peluang pekerjaan seperti individu normal. Sedih pula apabila masih ada segelintir masyarakat masih memandang rendah terhadap mereka.

Walau apa pun, tahniah kepada Dr Wan kerana berjaya mewujudkan lebih banyak pendedahan tentang autisme kepada orang ramai. Semoga dengan usahanya ini dapat membuktikan bahawa golongan autistik juga mampu dan layak diberi peluang yang sama untuk bekerjaya.

BACA JUGA: Autistic Boy From Segambut Drew These Adorable Tiger Ang Paus With An Important Message


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd