Now Reading
Lelaki Tendang Lutut Pekerja Wanita Sehingga Cedera Kerana Tak Dapat Nombor Telefon

Lelaki Tendang Lutut Pekerja Wanita Sehingga Cedera Kerana Tak Dapat Nombor Telefon

Lelaki berusia 41 tahun itu menyepak lutut pekerja wanita berusia 14 tahun sehingga koyak di bahagian tisu selepas gagal mendapatkan nombor telefon.

pekerja disepak lelaki gara-gara tak dapat nombor telefon (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini juga pernah terjadi kes apabila seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas dibelasah oleh kekasihnya dipercayai seorang YouTuber.

BACA JUGA: Kes YouTuber Maut Dipukul Kekasih, Rakan ‘Back Up’ & Beri Penjelasan

Mungkin sikap panas baran seseorang yang tidak mampu dikawal dengan baik menyebabkan mereka bertindak sedemikian kerana kes hampir sama sekali lagi berlaku kepada wanita lain.

Pekerja wanita disepak pelanggan lelaki

Baru-baru ini, kes yang hampir sama telah berlaku apabila seorang pekerja wanita di sebuah kedai makan di Mersing, Johor telah disepak di bahagian lutut oleh seorang lelaki.

Lelaki berkenaan dilihat sekali lagi ingin bertindak ganas terhadap pekerja itu tetapi berjaya dihalang oleh rakannya serta seorang wanita berpakaian warna kuning.

Sumber: Twitter anthraxxxx781

Kejadian berkenaan dipercayai berpunca selepas lelaki tersebut tidak berjaya mendapatkan nombor telefon pekerja wanita itu selepas beberapa kali mencuba.

Mangsa dikenali sebagai Nadrah berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan sehingga tisu pada bahagian lututnya terkoyak dan mengakui agak trauma selepas kejadian tersebut.

Video berkenaan juga difahamkan telah dipadam setakat artikel ini ditulis.

Suspek selalu datang dan kacau di restoran

Menurut laporan media, kakak kepada mangsa menceritakan bahawa adiknya itu sering diganggu oleh lelaki berkenaan ketika sedang bekerja.

Lelaki ini sering datang ke restoran dan kacau adik saya waktu tengah bekerja. Selalu juga dia cuba untuk meminta nombor telefon adik saya tetapi tidak dilayan.

Kakak kepada mangsa.

Suspek juga telah memaki mangsa dengan kata-kata kesat sehingga menyebabkan pekerja itu menengking semula kerana tidak mampu lagi untuk menahan sabar dengan sikap lelaki tersebut.

Tindakan wanita itu menyebabkan suspek menaikkan kaki lalu menendang mangsa sehingga cedera.

Mangsa kemudiannya menghubungi ibunya dan segera membuat laporan polis.

Sumber: Twitter anthraxxxx781

Suspek sudah ditahan oleh pihak polis

Suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu telah dikesan oleh pihak polis di belakang deretan kedai berhampiran Jalan Tepian Sungai, Mersing dan ditahan pada jam 2.30 petang pada 7 Jun.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil sebarang tindakan secara bersendirian dan hanya menyerahkan kes kepada mereka untuk tindakan selanjutnya berdasarkan undang-undang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd