Now Reading
Kes YouTuber Maut Dipukul Kekasih, Rakan ‘Back Up’ & Beri Penjelasan

Kes YouTuber Maut Dipukul Kekasih, Rakan ‘Back Up’ & Beri Penjelasan

Izzad turut menegaskan bahawa seorang lelaki sejati tidak akan sesekali menggunakan kekerasan dan memukul seorang wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, sejak semalam, media sosial telah dibanjiri tentang penahanan seorang YouTuber terkenal bersama beberapa lagi rakan bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang cedera parah dipukul oleh teman lelaki.

Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

YouTuber tersebut yang mempunyai lebih 100,000 pengikut dipercayai ditahan bersama suspek utama iaitu teman lelaki mangsa serta dua lagi rakan selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mereka kini direman selama tujuh hari bermula dari Isnin (4 April) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA: YouTuber Terkenal Ditahan Polis, Bantu Siasatan Kes Wanita Mati Dipukul Di Pulau Pinang


Nama ‘Joker’ Dipetik?

Beberapa nama dipetik dengan majoriti dilihat menyebut nama ‘Joker’ dari saluran YouTube Jokarko sehingga menyebabkan dia dikecam.

Namun di sebalik laporan tersebut, seorang rakannya yang juga YouTuber, Izzad Daniel tampil menjelaskan situasi sebenar tentang apa yang terjadi.

Izzad yang terkenal di YouTube sebagai influencer yang berjaya mengubah persepsi masyarakat tentang bekas pelajar Henry Gurney menyifatkan rakannya itu hanyalah mangsa keadaan.

Dia tampil menerusi satu video di YouTube menjelaskan Joker sebenarnya tidak terlibat dan tiada di rumah sewaktu insiden berlaku. Joker difahamkan telah meninggalkan rakan-rakannya di rumah dan pulang ke rumah ibunya bersama isteri.

Suspek Guna Nombor Joker.

Namun Joker terpaksa ditahan untuk membantu siasatan memandangkan kejadian berlaku di rumahnya selain nombor telefonnya telah digunakan oleh suspek utama sewaktu mendaftar di Hospital Pulau Pinang.

“Polis ambil nama dan nombor telefon yang mendaftar (di hospital), bila polis call nombor Joker, tu sebab dia dikaitkan sekali. Kenapa Ja**l perlu letak nombor Joker? Sepatutnya Ja**l kena letak nombor dia,” soal Izzad atau nama penuhnya Muhammad Izzad Daniel Abdullah.

Tambah Izzad lagi, dia yang mengenali Joker amat yakin bahawa rakannya itu pastinya akan menghalang perkelahian tersebut sekiranya dia berada di rumah. Ini kerana dia beberapa kali sudah menyaksikan Joker menghalang pergaduhan semasa mereka sama-sama menuntut di Sekolah Henry Gurney.

Kalau Joker ada pada waktu Ja**l belasah awek dia(arwah), pasti dia takkan diam kan diri. Saya kenal sangat Joker walaupun kurang kenal Ja**l. Dia (joker) satu batch dengan saya. Dia akan pertahankan kalau ada orang bergaduh di Henry Gurney. Waktu kejadian berlaku, Joker pulang ke rumah mak dia. Dia terdetik untuk pulang ke rumah dan dapat tahu awek Ja**l dah dimasukkan ke ICU.

Izzad menerusi video di YouTube miliknya.

Menurutnya lagi, dia difahamkan bahawa insiden tersebut berlaku bermotifkan cemburu selain suspek utama mungkin dalam keadaan berhalusinasi kerana tidak tidur selama beberapa hari disebabkan dadah.

Izzad dalam masa sama turut meminta orang ramai agar tidak menyalahkan rakannya itu kerana niat Joker hanyalah untuk membantu teman lelaki mangsa.

Ijat tengok ramai yang persalahkan Joker, tapi kenapa perlu persalahkannya sebab niatnya baik untuk membantu Ja**l. Jamal yang salah bawa jalannya dan dia terlibat dengan dadah.

Izzad menerusi video di YouTube miliknya.

“Fighter” Tak Pukul Perempuan.

Izzad turut menegaskan bahawa seorang lelaki sejati tidak akan sesekali menggunakan kekerasan dan memukul seorang wanita. Sebaliknya mereka adalah orang yang berjuang ke jalan Allah, melindungi keluarga dan orang tersayang.

Dia cakap dia fighter. Fighter tak akan pukul perempuan. Mereka adalah orang yang mempertahankan agama bangsa dan keluarganya. Bukan jenis orang yang suka tunjuk hebat dan cari gaduh.

Izzad menerusi video di YouTube miliknya.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd