“Ingat Tayar Bocor, Rupanya Nak Minta Nombor” – Wanita Panik Jadi Mangsa Roadbully Selama 1 Jam
Menurut mangsa keadaan, keretanya telah ‘dicucuk’ dan disuruh berhenti di tepi hanya kerana individu tidak bertanggungjawab itu ingin meminta nombor telefon.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Gangguan seksual terhadap wanita sudah menjadi topik bualan hangat di media sosial. Kadangkala, pasti ada sahaja kes terbaharu setiap minggu yang dilaporkan berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia.
Hendak pergi ke tempat yang sesak pun takut apatah lagi ke kawasan yang sunyi. Kepada para gadis, kalau mahu keselamatan diri terjamin adalah lebih baik jika anda membawa peneman ke mana-mana.
Kenderaan Pickup Cucuk Kereta Pemandu Wanita Sebab Nak Minta Nombor Telefon
Baru-baru ini, tular satu ciapan yang dikongsi di laman X (Twitter @brgsjks), menyaksikan seorang wanita diganggu oleh pembuli jalanan di atas Lebuhraya PLUS dari Yong Peng menuju ke Senawang.
Menurutnya, dia telah dibuli selama hampir satu jam oleh lelaki yang memandu kereta pickup.
“Aku laju dia laju, aku slow dia slow,” ujar gadis ini.
Kata mangsa keadaan, keretanya telah ‘dicucuk’ kerana pemandu lelaki tersebut mahu meminta nombor telefon bimbit.
“Ingatkan tayar bocor atau enjin berasap, rupanya suruh berhenti nak minta nombor,” kata wanita berkenaan.
Walaupun telah diberikan laluan berkali-kali untuk memotong, kenderaan yang mengekori tetap tidak mahu beranjak dan terus mengganggunya.
Wanita Panik & Nangis Hadapi Insiden Cemas Di Lebuhraya
Wanita ini walau bagaimanapun telah berjaya memotong individu yang membulinya ke laluan kiri lebuhraya untuk menuju ke kawasan Rehat dan Rawat (RNR) berdekatan.
Dia turut meluahkan rasa lega apabila lelaki berkenaan dikatakan tidak berjaya mengejarnya walaupun telah memecut.
Sesudahnya terlepas daripada dikejar, dia kemudian menangis di dalam kereta kerana berasa ketakutan yang melampau.
Dia pada awalnya mahu memeriksa keadaan kereta di luar, bertukar fikiran kerana berasa trauma dengan kejadian yang baru sahaja terjadi.
Susulan situasi menakutkan tersebut, individu ini sempat memberikan nasihat kepada semua wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dan jangan berfikiran bahawa rupa seseorang yang ‘biasa-biasa’ sahaja tidak akan dikacau oleh kaum lelaki.
Untuk info, wanita tersebut telah pun sampai ke destinasi dituju dalam keadaan selamat.
Reaksi Netizen Terhadap Keselamatan Wanita Yang Diganggu
Menerusi ciapan yang sama, orang ramai dilihat memberi pandangan dan pendapat mereka tentang isu berkenaan.
Pengguna bernama Syamila berkata, para wanita yang sering memandu berseorangan disarankan memasang ‘tinted’ gelap pada cermin kereta bagi mengelakkan diri sendiri menjadi sasaran.
Menurut seorang lagi pengguna, dia juga pernah melalui perkara yang sama sehinggakan ibunya menyuruh membeli topeng hantu untuk dipakai.
“Kalau macam ni, aku sanggup kena saman ‘tinted’ gelap asalkan tidak diganggu oleh pembuli jalanan,” ulas seorang netizen.
Baca Artikel Berkaitan: “Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM
Baca Artikel Berkaitan: Suspek Kes Buli Jalan Raya Di NKVE Kini Ditahan Pihak Polis
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sarimah Ibrahim Dakwa Pernah Kena Gangguan Seksual Dengan Kru & Diugut Tamatkan Kontrak
Sumber: X (Twitter @brgsjks)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram