Now Reading
“Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM

“Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM

Perbuatan membuli jalan raya dianggap sebagai jenayah kerana mereka telah melakukan tindakan agresif yang melanggar peraturan lalu lintas dan boleh merisikokan nyawa orang lain.

PDRM Tegaskan Buli Jalan Raya Sebagai Jenayah, Minta Orang Ramai Henti Lakukannya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sejak belakangan ini, kes melibatkan buli jalan raya semakin berleluasa sehingga ada yang berani melakukan serangan fizikal kepada mangsa. 

Terdahulu, satu video dimuat naik oleh mangsa kes ‘road bully’ atau juga dikenali sebagai samseng jalanan tular di media sosial apabila dia mendakwa telah diserang secara fizikal oleh pemandu lain.

Dalam kejadian yang berlaku dari Cameron Highlands menuju ke Tapah itu, seorang lelaki berbaju merah keluar dari kereta di hadapannya untuk ‘menegur’ mangsa yang merupakan pemandu wanita.

Selain meninggikan suara, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu telah menampar dan menolak kepala wanita berkenaan apabila dia cuba untuk membalas percakapannya.

Selepas kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor pada 6 Jun yang membawa kepada penahanan pembuli jalanan tersebut oleh pihak polis pada hari yang sama.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Perak dan direman selama tiga hari bermula 7 Jun sehingga 9 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA: Belum Reda Kes Tunjal Kepala Wanita, Lelaki Baju Merah Didakwa Pernah Tampar Pelayan Restoran Di Cameron Highlands

BACA JUGA: “Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis

BACA JUGA: [Video] Pemandu Wanita Fortuner Buli Axia Ditahan Polis & Kereta Disita


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Beri Peringatan Tentang Perbuatan Buli Jalan Raya

Berikutan peningkatan kes buli jalanan di jalan raya, pihak PDRM memuat naik hantaran di laman Facebook (Polis Diraja Malaysia) berkaitan peringatan untuk menghentikan perbuatan buli jalan raya. 

Seseorang itu boleh dikategorikan sebagai pembuli jalan raya apabila mereka melakukan tindakan agresif yang telah melanggar peraturan lalu lintas sehingga boleh merisikokan nyawa orang lain.

Terdapat tiga kategori pembuli jalan raya iaitu:

  • Membuli secara fizikal: memukul atau mengugut mangsa.
  • Membuli secara mental: mengeji dan memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat.
  • Buli jalanan: memandu secara tidak beretika dan dalam keadaan bahaya, mengganggu pemandu lain dan membuat provokasi terhadap mangsa. 

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menegaskan bahawa perbuatan buli jalanan ini merupakan satu kesalahan jenayah.

Jadi kepada mana-mana individu yang menjadi mangsa buli jalanan, anda diminta untuk segera melaporkan kes tersebut di balai polis berhampiran untuk membolehkan pembuli dikenakan tindakan sewajarnya. 


Tips Untuk Pilih Dashcam Yang Bagus Untuk Kenderaan Anda

Sekiranya anda mempunyai bukti visual berbentuk gambar atau video, ia boleh digunakan sebagai bukti untuk membuat laporan polis. Kalau ada Dashcam (Dashboard Camera) dalam kereta anda lebih baik. 

Sumber: Autoblog

Kalau ada apa-apa insiden yang berlaku, sekurang-kurangnya anda ada bukti kukuh berbentuk video.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum membeli dashcam. Antaranya:

  • Bateri.
  • Kualiti video.
  • Parking mode dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, dashcam ini akan merakam video looping dan menggantikan video yang awal jika kad memori sudah penuh.

Pendek kata, kena study dulu jenama dashcam yang nak dibeli supaya rasa lebih berbaloi dengan harga.

BACA JUGA: 6 Senarai Top Dashcam Di Shopee. Confirm Berbaloi!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd