Now Reading
Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Polis Buru Penunggang Motosikal Yamaha LC135

Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Polis Buru Penunggang Motosikal Yamaha LC135

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San, kejadian berlaku kira-kira jam 9.00 malam, 3 September di kawasan parkir kenderaan di Pizza Hut Alma, Bukit Mertajam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang penunggang motosikal Yamaha LC 135 berwarna merah hari ini diburu polis gara-gara berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Dia dilihat menunjukkan kemaluan di hadapan sebuah premis perniagaan yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tunjuk Kemaluan Kepada Wanita

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.00 malam pada 3 September 2023 di kawasan parkir kenderaan di Pizza Hut Alma, Bukit Mertajam.

“Suspek atau lelaki terbabit yang tidak diketahui bangsanya dikatakan datang ke tempat tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu.

“Ketika kejadian, suspek telah menghampiri pengadu iaitu seorang wanita warga tempatan yang berada dalam sebuah kereta. Suspek kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu sebelum beredar,” kata beliau.

Pengadu Buat Laporan Polis

Ekoran daripada kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Cheng San turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk melaporkannya kepada pegawai penyiasat atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang awam dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334 atau berhubung dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau.

Terdahulu, kecoh di media sosial video memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki yang dilihat menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang wanita.

Bukan itu sahaja, dia juga dipercayai melakukan onani secara terbuka tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Video itu nyata mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai melampau dan gila seks.

Sumber: Kosmo


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd