[Video] Sarimah Ibrahim Dakwa Pernah Kena Gangguan Seksual Dengan Kru & Diugut Tamatkan Kontrak
Sarimah Ibrahim mendakwa kru rancangan berstatus suami orang itu memegang di bahagian dadanya dengan alasan untuk membetulkan mikrofon sebelum rancangan bermula.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes gangguan seksual sering dilaporkan berlaku menyebabkan ramai pihak terutamanya golongan wanita semakin bimbang tentang tahap keselamatan mereka.
Ini kerana kes tersebut boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di tempat kerja, dalam pengangkutan awam, di hentian bas dan sebagainya.
Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!
Artikel Berkaitan: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya
Pengacara Sarimah Ibrahim Dakwa Pernah Berdepan Gangguan Seksual Dari Kru Rancangan
Berbicara tentang gangguan seksual, selebriti terkenal iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dirinya juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika masih aktif dalam bidang pengacaraaan.
Sarimah yang kini berusia 45 tahun menceritakan kejadian itu dilakukan oleh seorang kru rancangan.
Dakwanya, lelaki tersebut telah memegang bahagian dada serta meraba tubuh badannya dengan alasan untuk membaiki mikrofon sebelum rancangan bermula.

Individu tersebut dipercayai berstatus suami orang pada ketika itu.
Saya pernah kena gangguan seksual semasa bekerja di sebuah set rancangan terkenal. Individu tersebut datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, namun sebaliknya memegang dada saya.
Sarimah Ibrahim.
Bukan itu sahaja, Sarimah turut diajak oleh individu terbabit untuk bercuti bersama-sama dan mengugut untuk menamatkan kontrak pengacaraan jika tidak menerima pelawaan berkenaan.
Saya menolak dan saya kata tidak mengapa, saya akan bayar percutian saya sendiri, saya bukan tiada duit.
Sarimah Ibrahim.
Sarimah Dakwa Diminta Memakai Pakaian Seksi Di Dalam Bilik Bersama Seorang Pengarah
Dalam kes yang berlainan, Sarimah memberitahu dia juga pernah diminta untuk makan malam serta memakai pakaian seksi di hadapan seorang pengarah rancangan.

Pengarah suruh saya masuk bilik untuk pakai baju seksi yang telah disediakan untuk saya pamerkan depan dia dalam bilik itu. Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut secara seorang diri, macam pelik saja.
Sarimah Ibrahim.
Namun, Sarimah dengan tegasnya enggan melakukan perkara itu dan telah mengjangkakan dia tidak mendapat tawaran seterusnya dalam rancangan berkenaan.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Sarimah pada sidang media Siri Astro Original Riot semalam (19 September).
@mediahiburanofficial “Dia Suruh Saya Pakai Baju Seksi…..Saya Tak Nak Tunjuk Lengan Saya!” – Che Puan Sarimah Ibrahim. Ketika tayangan siri terbaru Astro Originals, RIOT, yang mengisahkan tentang gangguan seksual terhadap wanita. Che Puan Sarimah Ibrahim turut kongsikan pengalamannya ketika di ganggu oleh seorang ‘pengarah’ di set penggambaran. #Mhnews #MediaHiburan #berandatiktok #fyp
♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan
Satu Daripada Lima Wanita Di Malaysia Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual
IPSOS Malaysia sebelum ini ada membuat satu kajian berkaitan gangguan seksual terhadap golongan wanita di Malaysia dari 22 Disember 2022 sehingga 6 Januari 2023.
Kaji selidik itu melibatkan 22,508 responden secara atas talian dalam lingkungan umur 16 hingga 74 tahun di 32 buah negara.

Hasil kajian tersebut mendapati seorang daripada rakyat Malaysia pernah menjadi saksi kepada kes gangguan seksual melibatkan kaum wanita.
Artikel Berkaitan: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual
Jika anda berdepan dengan mana-mana gangguan seksual, berikut adalah talian bantuan yang boleh dihubungi:
1. Women’s Aid Organisation (WAO)
Waktu operasi: 24-hour
Nombor telefon: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
2. All Women’s Action Society (AWAM)
Waktu operasi: Monday to Friday (9.30am – 5.30pm)
Nombor telefon: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
E-mel:Â telenita@awam.org.my
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.