Now Reading
Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya

Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya

Pemandu e-hailing itu memberhentikan keretanya di tengah-tengah lebuh raya apabila ditegur oleh penumpang tentang komennya yang tidak senonoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Gangguan terhadap wanita oleh pemandu e-hailing semakin hari semakin kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@sinowicked) berkongsi kisah tentang pengalaman traumanya akibat diganggu secara seksual oleh pemandu e-hailing ketika berada di tengah-tengah lebuh raya.

Dalam aduannya kepada syarikat e-hailing tersebut, wanita berkenaan berkata pemandu itu membuat komen yang agak tidak senonoh tentang penampilannya.

Namun apabila tindakannya ditegur, secara tiba-tiba pemandu itu memberhentikan kenderaan di tengah jalan dan enggan meneruskan pemanduan.

Disebabkan wanita tersebut tidak mahu keluar dari kereta, lelaki itu terpaksa meneruskan perjalanan tetapi secara membahayakan sehingga membuatkan penumpangnya membuat cubaan melarikan diri dengan cara membuka pintu kereta.

Tindakan wanita berkenaan membuatkan pemandu itu terpaksa memberhentikan kenderaannya serta-merta.

Ambil tindakan terhadap pemandu

Selepas turun dari kereta tersebut, penumpang itu berjalan ke stesen minyak berhampiran dan mendapatkan kereta e-hailing yang lain.

Ketika wanita itu turun dari kereta, macam-macam nama yang dipanggil oleh pemandu e-hailing berkenaan. Nasib baik juga kejadian tersebut berlaku pada siang hari kerana dapat mengelakkan risiko dibawa ke tempat asing sebelum menjadi mangsa rogol.

Lebih mengejutkan lagi, pemandu berkenaan juga tidak peduli sekiranya penumpang itu ingin membuat aduan kepada syarikat e-hailing kerana mendakwa dia hanya memandu teksi.

Berikutan kejadian yang berlaku, wanita berkenaan telah melaporkannya kepada syarikat e-hailing dan pihak mereka telah memohon maaf dan akan mengendalikan kes itu sebaik mungkin. Mangsa juga diberi pilihan untuk membuat laporan polis atau tidak.

Tiada toleransi terhadap tingkah laku tidak beradab

Walaupun ciri keselamatan digabungkan dalam aplikasi e-hailing, tetapi insiden yang berlaku seperti kepada pengguna Twitter ini sentiasa dilaporkan terutamanya di media sosial.

BACA JUGA: “I Pay You”: E-Hailing Driver Invites Girl To ‘Sleep’. Grab Says Such Behavior Is Not Tolerated

Netizen menggesa syarikat e-hailing untuk segera mengambil tindakan tegas dengan memberhentikan pemandu dan mengetatkan pemeriksaan tentang latar belakang pemandu serta menambah baik ciri keselamatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd