Now Reading
[Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!

[Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila lelaki itu dilihat berani mendekati dan menyentuh lengan gadis tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Gangguan seksual di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi walaupun di tempat awam. Ada sahaja berita tentang orang buat perkara tidak senonoh kita dengar setiap hari.

BACA JUGA: Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara

Lelaki atau perempuan, kedua-duanya boleh menjadi mangsa gangguan seksual sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan segera.

Kepada para wanita di luar sana, korang kena berhati-hati kerana lebih mudah terdedah dengan bahaya gangguan seksual.

BACA JUGA: Anggota Tentera Tular Hisap Jari Pekerja Wanita Ditahan Polis

Diganggu ketika berteduh di hentian bas

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok apabila seorang wanita berkongsi cerita apabila dia diganggu oleh lelaki ketika sedang menunggu kakaknya di hentian bas.

Ketika kejadian, lelaki itu sedang menunggu bas.

Dalam video tersebut, korang boleh tengok yang lelaki itu bertanya macam-macam soalan dan siap ugut untuk cari gadis tersebut di tempat kerjanya. Bahaya betul!

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila lelaki itu dilihat berani mendekati dan menyentuh lengan gadis tersebut.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan terus beredar selepas bas yang ditunggu sudah tiba.

https://www.tiktok.com/@reenatasya/video/7075319280853650715?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Pelbagai reaksi dari netizen

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen berasa agak marah apabila melihat tindakan lelaki tersebut. Dalam pada masa sama, beberapa gadis lain turut berkongsi pengalaman mereka pernah diganggu oleh ‘stranger’.

Walau bagaimanapun, beberapa netizen mempersoalkan gadis itu kerana ‘melayan’ setiap pertanyaan dan tidak mempertahankan diri serta membuat laporan polis.


Take note, girls!

Zaman sekarang ramai sangat orang yang berniat tidak baik lebih-lebih lagi kepada kaum wanita.

Jadi untuk para wanita di luar sana, ambil perhatian tips penting ini bagi melindungi diri tak kiralah di kawasan tertutup atau terbuka.

Sumber: Research Dive

Antara tips berguna untuk anda adalah seperti berikut:

  • Bawa beberapa alat bagi melindungi keselamatan diri seperti penyembur lada, gunting, wisel dan sebagainya.
  • Segera kunci pintu selepas masuk ke dalam kereta.
  • Rakam video atau ambil gambar pesalah jika mereka tidak berhenti melakukan gangguan seksual.
  • Elakkan berjalan seorang diri dan cuba berada di kawasan ramai orang.
  • Segera buat laporan polis diganggu secara seksual.

Semoga tips ini dapat membantu para wanita di luar sana untuk melindungi keselamatan diri ketika berada di luar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd