Now Reading
Anggota Tentera Tular Hisap Jari Pekerja Wanita Ditahan Polis

Anggota Tentera Tular Hisap Jari Pekerja Wanita Ditahan Polis

Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek dibuat dan keputusannya adalah negatif dadah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, tular kes seorang anggota tentera dilihat sengaja menggenggam dan menghisap jari seorang pekerja wanita berusia 18 tahun.

BACA JUGA: Hisap Jari Jurujual Wanita, Abang Askar Didakwa Buat Gangguan Seksual

Seorang tentera lelaki yang tular sebelum ini ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa selepas didakwa menghisap jari seorang jurujual wanita di kedai vape Taman Keramat.

Menerusi laporan daripada Kosmo, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam semalam oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya.

Polis turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek dibuat dan keputusannya adalah negatif dadah.

Pemohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama empat hari sehingga Ahad (10 Oktober) bagi membantu siasatan.

Semakan mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Siasatan berhubung kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd