Now Reading
1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual

1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual

Kajian IPSOS mendapati bahawa 28% kaum lelaki dan 29% golongan wanita negara ini pernah mendengar rakan-rakan dan ahli keluarga mereka mengelurkan komen berunsur seksis.

1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Gangguan seksual melibatkan kaum wanita boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di dalam pengangkutan awam, hentian bas, malah pejabat untuk bekerja juga menjadi sasaran.

Antara kes gangguan seksual yang pernah berlaku adalah apabila seorang penumpang e-hailing diganggu secara seksual oleh pemandu yang mana dia telah menerima komen yang tidak senonoh tentang penampilannya.

Satu lagi kes lagi adalah apabila berlakunya kes di mana seorang wanita diintai melalui tingkap oleh jirannya ketika sedang mandi di dalam tandas rumah di sebuah kondominium.

Kepada para wanita di luar sana, kami beri nasihat untuk sentiasa berhati-hati kerana gangguan seksual boleh berlaku bukan sahaja di tempat tertutup, malah lokasi yang ramai dengan orang awam juga boleh terjadi.

BACA JUGA: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya

BACA JUGA: Jiran Terjah Warga Asing Intai Tandas Rumah Perempuan Di Sebuah Kondominium

Gambar sekadar hiasan.

Kajian Mendapati Seorang Dari Rakyat Malaysia Pernah Menjadi Saksi Gangguan Seksual Terhadap Wanita

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, IPSOS Malaysia mendedahkan satu kajian yang dijalankan dari 22 Disember 2022 sehingga 6 Januari 2023 berkaitan gangguan seksual terhadap golongan wanita di Malaysia.

Kaji selidik itu melibatkan 22,508 responden secara atas talian dalam lingkungan umur 16 hingga 74 tahun di 32 buah negara.

Hasil kajian tersebut mendapati seorang daripada rakyat Malaysia pernah menjadi saksi kepada kes gangguan seksual melibatkan kaum wanita.

Selain itu, seorang daripada dua rakyat Malaysia juga pernah melihat isu diskriminasi terhadap jantina.

28% kaum lelaki dan 29% golongan wanita negara ini pernah mendengar rakan-rakan dan ahli keluarga mereka mengelurkan komen berunsur seksis. Lebih membimbangkan lagi adalah apabila 20% lelaki serta 22% wanita di Malaysia telah melihat seseorang melakukan serangan seksual terhadap kaum hawa di tempat kerja.

IPSOS

Isu Hak Kesamarataan Melibatkan Kaum Wanita

Hal berkaitan hak isu kesamarataan antara lelaki dan wanita adalah antara isu yang menjadi tumpuan apabila menyambut Hari Wanita Sedunia pada setiap tahun.

Ini kerana wanita juga berhak untuk membuat sebarang keputusan serta mencipta kejayaan yang mengagumkan dalam bidang pekerjaan, pendidikan dan sebagainya sama seperti kaum lelaki.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh IPSOS ini, mereka mendapati bahawa 76% rakyat Malaysia percaya bahawa berlakunya ketidaksamarataan dalam pelbagai sektor melibatkan kaum lelaki dan wanita di negara ini.

Dalam pada itu, 68% rakyat Malaysia pula percaya bahawa jurang tersebut boleh dipulihkan semula.

Antara perkara lain yang turut menjadi perhatian adalah apabila satu pertiga rakyat Malaysia memandang rendah kepada kaum lelaki yang hanya tinggal di rumah untuk menjaga anak-anak.

Sebanyak 75% wanita dan 68% lelaki Malaysia bersetuju wanita tidak akan mendapat kesamarataan kecuali lelaki mengambil tindakan untuk menyokong hak wanita.

IPSOS

Sambutan Hari Wanita Sedunia

Sumber: Commonwealth

Hari Wanita Sedunia yang disambut pada setiap 8 Mac merupakan tarikh istimewa buat semua kaum wanita.

Tarikh 8 Mac menjadi hari di mana segala kejayaan dan pencapaian yang dikecapi oleh wanita dipandang tinggi dan golongan ini juga berhak untuk mendapat kesamarataan seperti golongan lelaki.

Kepada anda di luar sana, raikanlah kaum hawa di dalam hidup anda termasuklah ibu, kakak, adik, isteri dan rakan-rakan wanita anda.

BACA JUGA: Hari Wanita Sedunia: Ini Antara Peruntukan Buat Para Wanita Dalam Bajet 2023

BACA JUGA: Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd