Now Reading
[Video] R&R Seremban Kini Lebih Moden Selepas ‘Renovation’

[Video] R&R Seremban Kini Lebih Moden Selepas ‘Renovation’

Difahamkan, kawasan hentian rehat R&R di Seremban ini telah ditutup selama dua tahun untuk proses pengubahsuaian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali berada dalam perjalanan untuk balik ke kampung, mesti ramai yang akan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk makan, solat, mengisi minyak dan sebagainya.

Kebiasaannya kawasan R&R ini banyak dibina di sepanjang lebuh raya seperti di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Tetapi dalam banyak-banyak R&R, kawasan mana yang korang rasa paling best?


R&R Seremban Dikatakan Makin Cantik Lepas Diubah Suai

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@insanzakir), individu tersebut telah berkongsi keadaan di kawasan R&R Seremban yang dipercayai baru sahaja dibuka kepada orang awam baru-baru ini.

Difahamkan, R&R terbabit telah ditutup selama dua tahun untuk proses ubah suai menjadi lebih moden.

Dalam video itu, korang boleh lihat kawasan R&R ini lebih luas dengan konsep terbuka serta pengudaraan yang baik.

Kalau korang tengok fasiliti surau mereka, memang best sebab bersifat terbuka dan boleh membendung dari masalah tempat beribadah yang berbau serta membenarkan cahaya matahari untuk memasuk ruangan tersebut.

Lebih menarik lagi, kawasan rehat berkenaan juga mempunyai banyak plug yang membolehkan para pengunjung mengecas gajet mereka.

Video berkenaan telah menarik perhatian ramai yang sehingga meraih 234,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@insanzakir

RnR paling cantik dekat Malaysia, cuma tulah banyak outlet belum open, nanti nak singgah lagi mana yang turun selatan tu singgah tau #rnrserembanselatan

♬ The Perfect Girl – Arabic Version – YAD Oud

Kawasan R&R Jadi Perhatian Ramai Pengguna

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen tertanya-tanya tentang lokasi sebenar kawasan R&R ini Kerana mahu berkunjung buat pertama kali.

Siap ada yang sanggup nak berjalan jauh semata-mata untuk datang ke R&R itu sahaja ya. Wah rajin betul!

“Datang bercuti ke RnR je lah,” kata netizen.

Sesetengah netizen yang pernah datang ke hentian rehat tersebut turut memberi pujian kepada pengubahsuaian yang dibuat kepada kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berkata para pengunjung perlu memanfaatkan kemudahan yang ada seperti rak kasut.

“Rak kasut banyak-banyak tu last-last selipar kasut bersepah atas lantai,” kata netinze

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd