Now Reading
Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia

Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia

Kedua-dua baka anjing serta kucing ini jarang ditemui di dunia dan banyak wujud di Malaysia sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali sebagai pencinta haiwan. Cuba namakan apa sahaja jenis binatang, semuanya dibela oleh masyarakat kita seperti arnab, burung, ikan, kura-kura, kuda dan lain-lain.

Antara haiwan yang paling banyak dibela adalah kucing dan anjing kerana ia sering menjadi sahabat untuk sesetengah individu dalam kehidupan seharian mereka.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada satu baka anjing yang hanya wujud di Malaysia sahaja iaitu Telomian atau juga disebut sebagai ‘Kampung Dog‘ yang sangat jarang untuk dijumpai di dunia?

Kucing Malaysia pula dianggap sebagai baka kucing yang baru berkembang dalam iklim tropika selepas ia pertama kali ditemui sekitar awal tahun 2000.


Apa Itu Baka Telomian?

Mungkin korang pernah ternampak anjing spesies tersebut berkeliaran di kawasan perumahan sama ada di sekitar pedalaman atau bandar.

Anjing Telomian ini yang hanya boleh ditemui di Malaysia mula dijumpai pada tahun 1963 oleh seorang ahli antropologi iaitu Dr Orville Elliot.

Nama baka tersebut dinamakan oleh beliau selepas anjing berkenaan dilihat buat pertama kali berhampiran Sungai Telom, Pahang.

Sejak beberapa generasi, masyarakat Orang Asli separa nomad di Malaysia telah menternak anjing Telomian untuk menjaga rumah dan anak-anak mereka.

Pada masa yang sama, anjing baka ini turut diajar untuk memburu tikus kecil dan haiwan berbahaya seperti ular.

Dengan berat sekitar lapan hingga 13 kilogram, baka Telomian mempunyai kelebihan dari segi kepintarannya, sentiasa bertenaga, mesra dan kuat.

Haiwan ini juga mampu untuk melompat pada ketinggian yang sangat tinggi kerana boleh memanjat tangga dan mempunyai lidah berwarna biru-hitam menyerupai anjing jenis Chow Chow dari China.

Anjing baka tersebut sesuai untuk rumah dengan pintu yang berkunci kerana mereka mahir memegang barangan, makanan dan alatan menggunakan kaki.

Selain itu, haiwan itu juga berkemampuan untuk melindungi manusia dan menjadi ‘pengawal keselamatan’ terbaik untuk menjaga rumah.

Anjing Telomian.

Anjing Telomian tidak mempunyai masalah untuk mengesan sebarang bahaya kerana mempunyai sikap berwaspada yang sangat tinggi.

Sebagai info tambahan, mereka juga tidak memerlukan penjagaan yang terlalu remeh kerana mempunyai bulu yang lembut dan pendek.

Secara keseluruhannya, baka Telomian adalah spesies yang sihat, suka bermain, pintar dan boleh menandingi baka Golden Retriever sebagai peneman.

Spesies anjing lain yang berkongsi karakter yang sama dengan Telomian adalah:


Ini Pula Fakta Tentang Kucing Malaysia

Kucing ini mula diternak pada tahun 1990-an dan juga dikenali sebagai Piawaian Kucing Malaysia. Ia adalah baka pertama yang berasal dari Malaysia serta berkongsi tanda dan warna yang sama dengan spesies Ragdoll.

Ia dianggap sebagai baka kucing yang baik, setia dan mudah untuk menyesuaikan diri ke dalam mana-mana keluarga. Kucing Malaysia jarang ditemui di luar Malaysia kerana baka ini hanya diiktiraf oleh Kelab Kucing Malaysia.

Ia bersaiz sederhana, suka bersukan dan perlu kerap melakukan senaman untuk menjaga kesihatan fizikal serta mental. Kepalanya berbentuk telur dan mata yang kelihatan seperti berjaga-jaga memberikan penampilan unik kepada baka ini.

Disebabkan ia baik dan mudah untuk menyesuaikan diri, baka kucing berkenaan sememangnya sesuai untuk dibela sama ada di dalam rumah yang mempunyai kanak-kanak atau sebaliknya.

Kucing baka ini pula mempunyai berat sekitar sembilan hingga 17 paun dan mempunyai jangka hayat selama 12 hingga 15 tahun. Spesies ini bersaiz sederhana dan mampu membesar dengan ketinggian antara tujuh hingga 12 inci serta mencapai kematangan penuh pada tempoh 12 bulan.

Bagi memastikan kesejahteraan mereka, anak kucing baka tersebut perlu disosialisasikan dengan baik sejak usia muda kerana mereka boleh menjadi gelisah sekiranya sekiranya bertemu dengan orang yang tidak dikenali atau haiwan lain.


Kedua-dua baka ini adalah khazanah negara yang cukup berharga buat negara kita. Jadi, kita perlulah menjaga mereka dengan baik.

Selepas ini kalau korang merancang untuk menbela kucing atau anjing, ingatlah bahawa Malaysia mempunyai salah satu baka terbaik di dunia.

Selagi boleh ‘adopt’, buatlah cara sedemikian. Secara tidak langsung, korang memberi sinar baharu kepada haiwan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Cat Beach Sanctuary’ Tempatkan Lebih 250 Kucing Di Tepi Pantai

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd