Now Reading
[Video] Penduduk Kampung Bimbang Anjing Liar Makin Ganas, Haiwan Ternakan Jadi Mangsa

[Video] Penduduk Kampung Bimbang Anjing Liar Makin Ganas, Haiwan Ternakan Jadi Mangsa

Seorang penduduk kampung dikenali sebagai Haziq berkata anjing liar yang membunuh ayam ternakannya telah membawa kepada kerugian sebanyak RM770.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut tentang anjing liar, pasti ramai akan berasa gerun dengan haiwan tersebut kerana sifatnya yang ganas.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang murid yang sedang berbasikal dikejar oleh anjing liar secara tiba-tiba di atas jalan raya. Kehadiran anjing secara mengejut itu hampir menyebabkan kanak-kanak tersebut terlibat dalam satu kemalangan.

Bagaimanapun, kekacauan anjing liar ini bukan sahaja tertumpu di bandar, bahkan sekitar kampung juga tidak terkecuali.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Anjing Liar Kejar Budak Sekolah, Majlis Perbandaran Pontian Sudah Ambil Tindakan [Video]


Anjing Liar Bunuh Haiwan Ternakan Di Kampung

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @Haziqmahmur90an), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Haziq meluahkan kebimbangannya selepas mendapati keberadaan anjing liar yang semakin menjadi-jadi di kawasan kampung.

Jelas Haziq, anjing liar tersebut bukan sahaja menimbulkan kekacauan malah ia juga membawa kerugian terhadapnya apabila hasil ternakan dibunuh. Kerugian yang perlu ditanggung pula adalah sebanyak RM770.

Setakat kematian hari ini (2 April) – 24 ekor. Baru aku seorang. Most villagers di sini ada ayam dan kucing. Semua neutered ya.

Haziq.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Anjing Main Dengan Haiwan Ternakan Yang Dibunuh

Lebih menyedihkan apabila haiwan ternakan tersebut bukan dibunuh untuk dimakan, sebaliknya untuk tujuan bermain.

Anjing bunuh ayam ada sebab lapar. Tetapi kebanyakan yang kena bunuh di sini adalah untuk bermain. Jahat sungguh. Kalau dia makan aku kuranglah terkilannya sebab dah tak nampak di mata. Bayangkan bulu-bulu, kepala ayam sana sini dan badan dibiar merata kawasan rumah aku.

Haziq.

Menerusi ciapan seorang penduduk kampung (@FirdausMuseri), lelaki dikenali sebagai Firdaus itu turut berkongsi video menunjukkan haiwan ternakan di kampung terbunuh akibat anjing liar yang berleluasa.

Jika dilihat sendiri pada klip rakaman tersebut, jelas kelihatan beberapa ekor haiwan ternakan seperti itik dan angsa telah mati bergelimpangan atas tanah.


Mandulkan Anjing Liar Tidak Efektif

Menurut Haziq, cara untuk mengurangkan kes tersebut adalah untuk mandulkan anjing liar lalu dilepaskan. Namun begitu, ia difahamkan bukan satu pendekatan yang baik.

Hal ini kerana anjing liar tersebut akan terus berkeliaran, menggigit manusia, membunuh haiwan ternakan dan melakukan banyak kekotoran di kawasan sekitar.

Ia adalah solusi orang moden yang tidak berpijak di atas realiti dan jauh daripada masyarakat bawahan seperti orang-orang di kampung. Jika hayatnya sehingga belasan tahun, belasan tahunlah hadap sampai dia mati.

Haziq.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Netizen Setuju Dengan Isu Anjing Liar Di Kawasan Kampung

Menjengah ke ruangan balas, ramai di kalangan netizen bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh Haziq selain berkongsi pengalaman lebih kurang sama pernah terjadi kepada mereka.

“Baru dua hari lepas sekumpulan anjing liar ligan (kacau) seekor kucing. Bukan sebab anjing tu lapar,” kata seorang individu.

Sementara itu, ada juga yang berkata anjing liar di kampung halaman bukan sahaja makan hasil ternakan malah membawa kerosakan kepada kediaman.

“Hari itu enam ke tujuh ekor anjing makan telur ayam (milik) ayah. Dia (anjing) robekkan pagar walaupun ia besi. Sedih sampai trauma ayam-ayam yang lain,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Boleh Ke Bunuh Anjing Liar?

Haziq menerusi ciapannya turut meluahkan hasrat untuk menggunakan kaedah lain iaitu dengan membunuh anjing liar tersebut sekiranya inisiatif yang dilakukan sekarang tidak berkesan.

Sebagai contoh, menyediakan reban yang baik, memasang lampu dan penggera sekitar reban, masukkan ayam dalam reban pada waktu petang dan memagar kawasan rumah.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat nas yang membenarkan umat Islam untuk membunuh haiwan-haiwan tertentu atas beberapa faktor seperti mengancam nyawa manusia, melakukan kerosakan dan sebagainya.

Ia disebut dengan istilah haiwan fasiq iaitu haiwan perosak yang boleh membawa kepada kemudaratan. Lima jenis haiwan fasiq adalah tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing gila atau ganas.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita 29 Tahun Di Sabah Maut Diserang Anjing Liar

Baca Artikel Berkaitan: Tular Anjing Bertuan Serang Budak Sekolah Di Seberang Perai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd